Isnin, Mac 19, 2012

Bengkel FELT

Felt hasil kerja tangan Dania....
hasil kraft selepas kami menghadiri bengkel asas kraft felt...
Bersama peserta bengkel yang lain di Balai raya Kg. Sri Cheeding...
Dania, merupakan perserta termuda dikalangan peserta yang hadir....
Menunjuk ajar gadis ku yang baru belajar menjahit....
Masing2 tekun menjahit..... ada juga yang tercucuk jarum, aduhhh!!!
Cadangan untuk menghadiri Bengkel Asas Felt bersama Hani, terpaksa dibatalkan memandangkan anak gadis ku terlibat dengan kelas Teakwandonya yang memerlukan kehadirannya di Sekolah Keb. Teluk Panglima Garang. Maka tempatnya aku gantikan dengan Dania, gadis bongsu ku yang baru berusia 10 tahun. Berita penggantian Hani disambut gembira oleh Dania, kerana dari awal lagi dia sudah pun memohon untuk ikut serta. Penganjur Bengkel bukan orang lain, mereka adalah adik-adik sepupuku sendiri. Jamalia sebagai urusetia Bengkel dan Mastura sebagai tenaga pengajar. Peserta yang seramai 15 orang pada asalnya bertukar menjadi 7 orang termasuk aku dan Dania. Smaller crowd is always better than a big crowd...! Walaupun kami bersaudara namun Mastura dan Jamalia menjalankan Bengkel Asas Kraft Felt mereka begitu professional sekali. Sungguhpun ianya hanya kursus Asas, namun bagi aku dan Dania ianya memberikan kami ilmu kraftangan boleh mendatangkan sumber kewangan sampingan disamping sebagai hobby dan mengisi masa lapang kami 3 beranak. Kerja tangan ini bagus untuk pertumbuhan pembesaran anak gadis ku, ianya membantu kreativitinya kepada kerjatangan sambil memperkenalkan dirinya kepada krafts yang menarik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan