Isnin, Mac 26, 2012

1351

Tak dapat untuk menggambarkan perasaan hati bila mana membaca surat gadis ku pagi itu (21.03.2012). Surat yang ditujukan khas buat Papa, diletakkan betul2 di sejadah bilik....namun aku orang pertama yang membacanya kerana ku sangka apakah kertas yang melekat di sejadah ku. Maaf dipohon dan dia menjelaskan keadaannya dan di tengah-tengah terdapat 1351 angka apakah itu? surat akhir terpaksa ku lepaskan untuk Papa membacanya, aku tahu dia agak kecewa, namun sebagaimana jangkaan ku dia cuba mengawal emosi sehabis mungkin. Analisa kami mendapati bahawa itulah keputusan SPMnya. Kami berpandangan, walau tiada kata2 yang lahir dari bibirnya namun aku tahu apa yang tersurat dilubuk hati si Papa. "Pa.... she tried her best already.... itu takdir untuk dia..., kan kita dah janji akan terima apa pun keputusannya nanti...." kata2 ku termakan juga olehnya.... di kereta semasa menuju ke Sekolah, Amin bersuara lagi.... namun tidaklah dapat untuk aku menzahirkan di sini, kerana ketika itu ketiga-tiga kami menitiskan airmata dalam diam..... terharu aku dengan kata-katanya dan aku terharu dengan kata-kata yang aku lafazkan untuk gadisku. Aku tahu dia kesal, kecewa dan malu dengan pencapaiannya. Namun segalanya sudah terlambat..... Keputusan peperiksaan SPMnya telah diketahuai awal semalam petang dari teman sekelasnya. Dan 1351 (1A, 3B, 5C & 1D) adalah gred keputusannya. Walau apa pun aku sebenarnya tidak percaya akan keputusan yang diberikan selagi tidak melihat slip sebenar. Dalam hati aku masih berdoa semuga keputusan itu tidak benar!! Namun itulah takdirnya..... dan kami terima seadanya, walau apa pun aku dan Amin tidak mahu Hani patah semangat untuk meneruskan pengajiannya. Suriya di Unimep dan Along Zila di UITM menjadi penasihat kami untuk kemasukan Hani ke IPTA. Walaupun bukan straits A's namun dia layak untuk memohon untuk menyambung pengajian di mana-mana IPTA yang sesuai dengan kelulusan yang dipilih. Namun segalanya aku serahkan kepada Allah yang berkuasa menentukannya. Kepada anak gadisku, kegagalan hari ini bukan bermakna kegagalan hari esok, dari kegagalan dia harus bangkit untuk membuktikan bahawa dirinya mampu untuk bersaing dan berjaya. Dengan semangat dan tekat aku yakin dia mampu andainya dia bersungguh-sungguh untuk membuktikan kemampuan dirinya. Sebagai Ibu, aku hanya mampu memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar yang termampu dan wajarnya, usaha dan kemahuan hanya terletak atas dirinya sendiri..... semuga dia akan menyedari segala kesilapan silam dan bangkit dari leka dan lenanya. Aku yakin bahawa dia mampu menebus kegagalan ini, andai dia berkemahuan dan bertekat untuk membuktikan kemampuan dirinya yang sebenar.... InsaAllah...Semuga Allah memberikan anak-anak ku sejehteraan dan keberkataan dan menjadi insan yang berjaya cemerlang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan