Khamis, Mac 08, 2012

Mari masak bersama Mama...

Kurma Daging Ala Mama Bahan2nya:

1 Kg daging gred A (potong ikut suka) daging A tidak perlu di rebus, 1 cawan santan pekat, 2 biji kentang dikopek n dipotong 4, 2 tangkai daun ketumbar, 1/2 cawan minyak masak/sapi, 2 biji tomato (potong 6), 2 biji cili merah/hijau.

Bahan B: 2 biji buah keras (ditumbuk halus), 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang n bunga pekak, 1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus, 1 batang serai diketuk.

Bahan A (dikisar): 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 11/2 inci halia muda, 3 sudu makan sebuk kurma

Cara memasaknya:

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 A hingga garing dan kemudian masukkan bahan B. Masukan daging yang sudah di potong tutupkan hingga dia mendidih dan agak lembut. Masukan kentang tunggu bila dia agak lembut masukkan santan dan garam. Sebelum diangkat masukkan tomato, daun ketumbar dan cili. Tunggu beberapa minit matikan api dan boleh dihidangkan.



Rendang Limpa (Mama's Style)Bahan2nya:

1 Kg Limpa lembu (rebus dan potong ikut suka), 1 helai daun kunyit (dihiris halus), 3 helai daun limau purut, 2 sudu kerisik, gula dan garam ikut suka, 2 cawan pati santan, 1/2 asam keping, 1 cawan minyak untuk menumis,

Bahan A (dikisar halus): 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3 batang serai, 2 inci lengkuas muda merah, 2 inci halia muda, 7 batang cili padi, 10 batang cili kering (dipotong dan direbuskan dulu n buang bijinya),1 inci kunyit hidup.

Cara2nya:

Panaskan minyak (saya suka tumiskan semua bahan2 A) ada juga orang yang tidak gunakan minyak untuk memasak rendang ya... :) masukkan semua bahan A, tumiskan hingga naik bau dan agak kering/garing. Kemudian masukan santan pekat dan bila mendidih masukkan limpa yang sudah dipotong tadi. Biarkan api sederhana sahaja, jangan terlalu kecil atau besar untuk mengelakkan dari hangus!! Masukan garam, asam keping, gula, daun limau purut dan rasa..... Biarkan santan dan limpa sebati dan kering, bila sudah agak kering masukan kerisik dan daun kunyit yang dihilis halus. Kacau rata dan angkat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...:)



Kari Ikan Merah (Indian Style) Bahan2:
2 ekor ikan merah yg sederhana besarnya dipotong 2 (ikan ikut suka), 1 biji tomato dipotong dadu, sedikit garam dan sebuk perasa jika suka, 1/2 cawan minyak masak, 6 biji bendi atau terung (ikut suka)

Bahan A (dikisar): 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia muda, 3 sudu makan rempah kari ikan.

Bahan B: 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang/bunga pekak, 1 sudu biji sawi, 2 tangkai daun kari

Cara2nya:

Panaskan minyak masak, masukan bahan B bila naik bau masukkan bahan A. Tumiskan hingga ianya garing dan masukkan tomato yang dipotong dadu. Bila Tomato sudah layu, masukan 11/2 cawan air kacau perlahan2 dan masukan garam dan serbuk perasa (jika suka). Bila dia mula mendidih kecil masukkan potongan ikan dan bendi/terung dan kecilkan api untuk mengelakkan dari ikan hancur atau overcooked. Biarkan sehinga 5-8 min bila agak masak angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan