Isnin, September 20, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Massupi 1431 H

Tanggal 18.09.2010 bersamaan 8 Syawal 1431H sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Hari Raya Massupi diadakan. Sambutan tahunan yang menjadi pertemuan semua ahli anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Massupi di rumah Induk yang terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Perjumpaan dan mesyuarat pada bulan Rejab dan Ramadhan khusus dibuat untuk membincangkan majlis kemuncak Massupi. Dengan kerjasama baik dari pihak-pihak yang telah diberikan tugasan untuk menjayakan majlis tahun ini. Beberapa petukaran dan perlantikan baru untuk sessi sukaneka menjadikan cabaran bagi warga lelaki menjalankan tugasan yang dikira mencabar..... Tapi dari apa yang aku faham, acara berjalan baik dan mendapat coment yang positif dari banyak pihak.... Alhamdulillah... syabas kepada Khalid dan Hafis yang bertungkus-lumus dengan bantuan warga wanita Massupi yang sedia membantu untuk menjayakan acara sukaneka dengan baik sekali.
Maaf gambar untuk acara sukan tidak dapat aku kongsikan diblog ini, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan... :)

Majlis makan malam merupakan menu yang agak berlainan dari kebiasaannya kerana atas permintaan menu makanan ala kampung menjadi sajian utama. Lemak cili padi telur itik, pecal, ayam goreng berempah, lontong, kuah lodeh, rendang kerang, pisang, dragon fruit, kopi 'O' dan sirap menjadi hidangan makan malam Massupi......

Acara baru yang diperkenalkan pada malam itu ialah sessi bermaaf-maafan dimana dimulai oleh warga tua dan diikuti oleh yang muda mengikut turutan.... dikesempatan inilah huluran kemaafan dipohonkan untuk membersihkan diri dari kesilapan silam.... semuga amalan ini menjadi ikutan kepada anak-anak dan cucu-cucu untuk terus mengamal amalan yang baik dan mulia ini.
Kepada yang ingin bersedekah dihari yang berbahagia ini, huluran duit raya kepada anak-anak saudara dan warga tua yang terhampir menjadi keutamaan. Sekadar berkongsi rezeki yang dihimpun selama setahun untuk diagih-agihkan mengikut kemampuan kepada anak-anak kecil dan mana-mana insan yang dikirakan perlu. Ianya mengundang kegembiraan kepada yang menerimanya.... sebuah kepuasan melihat kebahagian di wajah penerima menjadi pengubat dan kepuasan kepada yang memberi "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
Bermesra sesama saudara, ketika inilah hubungan silatulrahim dapat dieratkan, peluang bertemu dan bermesra hanya datang ketika majlis-majlis keraian. Dengan adanya majlis begini menambahkan hubungan yang mulai berjarak. Bak kata pepatah "yang jauh kita dekat-dekatkan yang dekat kita rapat-rapatkan" semuga dengan ini perasaan kasih sayang dan kekeluargaan akan berkekalan dan menjadi ikutan bagi anak cucu kita dimasa akan datang. InsaAllah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan