Ahad, Mei 17, 2009

Tunas Wira - UPNM








16.05.2009 (Sabtu), waktu 7.30 - 9.00 pagi telah ditetapkan sebagai tarikh dan waktu untuk pendaftaran Tunas Wira bagi bakal Kadet UPNM bertempat di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga telah tiba pada jam 7.40pagi di Kem Sungai Besi. Setelah meletak kereta di tempat yang disediakan, kami telah diminta menaiki coach UPNM yang telah disediakan untuk Dewan Tun Templer. Coach yang membawa kami telah berhenti di padang kawat dan kami telah diberikan taklimat yang mana hanya seorang penjaga dibenarkan untuk mengiringi bakal kadet ke Dewan Tun Templer. Semasa di Dewan ibu bapa diminta untuk ke ruang taklimat dari pegawai-pegawai yang bertugas, sedangkan bakal kadet dikehendaki terus untuk membuat penyerahan dokumen dan pemeriksaan bagasi. Semasa taklimat aku telah diberi penjelasan sedikit sebanyak berkenaan UPNM, dan telah dijemput untuk majlis penutup pada 27.6.2009 di tempat yang sama berserta dengan surat akujanji yang patut diisi dan diserahkan pada tarikh yang sama. Ternyata semasa berada di Dewan Tun Templer bersama para ibu bapa yang lain, mereka turut melahirkan rasa gembira dan berbangga anak-anak mereka mendapat tawaran dari UPNM, hati ku turut berbunga indah dan merasakan kebanggaan itu.... Rasa kesyukuran itu kulahirkan dengan berpuasa selama 5 hari dan telah pun aku laksanakan dengan baik, Alhamdulillah....

Dari apa yang kami difahamkan program Tunas Wira sebenarnya adalah program khas bagi penuntut2 UPNM yang ditawarkan menjadi Pegawai Kadet, program yang mengambil masa selama 6 minggu ini akan diadakan sepenuhnya di Kem Sungai Besi dan mengikut program ketenteraan. Dalam tempoh ini Pegawai Kadet akan mengikuti Latihan Ketenteraan yang ketat dan penuh berdisplin. Doa ku muga Shafiq akan berjaya menjalani latihan ini sehingga keperingkat akhir dan mendapat menafaat sebagai bakal kadet Laut yang berjaya, Insaallah.

1 ulasan:

  1. insyaallah..
    shafiq boleh jika semangat dan niatnya betul..
    puan, doakan juga kejayaan anak2 perwira disini..
    amin.

    BalasPadam