Jumaat, Oktober 21, 2011

Majlis yasin, solat hajat & bicara ilmu...

Sebahagian murid lelaki di barisan hadapan bersama para ayahda....
Murid-murid perempuan bersama para ibunda selesai bersolat....

Sememang menjadi kebiasaan dimana-mana sekolah akan menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat apabila tibanya murid-murid menduduki peperiksaan penting. SMKB tidak ketinggalan menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk murid-murid SPM yang diadakan pada 21.10.2011 pada hari Jumaat jam 8.00 pagi bertempat di Surau sekolah. Seperti biasa aku tidak akan ketinggalan untuk majlis seperti ini. Memandangkan Amin diminta oleh Shafiq untuk membawanya ke HAT untuk appointment Doctor, maka aku merancang untuk pergi bersama Nor, adik sepupuku. Tepat jam 8.00 pagi kami tiba di perkarangan sekolah, majlis sudah pun bermula dimana wakil Guru Besar ketika itu sedang membuat ucapan dan diikuti oleh Tuan Imam memberi penerangan ringkas rakaat bacaan dan doa yang akan dibacakan untuk memudahkan para makmum. Iman memaklumkan supaya sebelum kita berdoa untuk kejayaan anak-anak kita diingatkan supaya memanjatkan doa untuk kedua orang tua dahulu kemudian diikuti dengan hajat dan doa untuk kejayaan anak-anak kita dalam peperiksaan pula. Satu ingatan yang amat baik dan menyedarkan aku, betapa doa ibu kepada anak dan anak kepada ibu mempunyai ikatan yang amat kuat, ugama kita sering mengingatkan kita betapa doa itu merupakan dorongan dan bukti kebesaraan Allah supaya kita tidak lupa kepada pencipta dan kedua orang tua kita.

Teringat akan pesanan imam, aku mohon kepada Allah semuga Allah mengampunkan segala dosa kedua orang tua ku yang telah pergi menemuinya. Semuga Allah menempatkan mereka di syurga firdausi dan memudahkan perjalannya di akhirat. Kemudian aku pohan semuga Allah agar terangkan hati, tenangkan jiwa, permudahkan dan kurniakan kejayaan yang cemerlang untuk anak ku, Hani didalam menghadapi SPMnya..... dan didalam sujud itu hati ku berasa teramat sayu. Ku cuba menyeka airmata yang berat bertakung sehingga doaku yang lainnya selesai. Dan akhirnya tumpah ketika salam ku...... Selesai berdoa, aku diteguri oleh Nor "What happen with u...?" aku yang kebetulan kurang sihat memberikan alasan "Iam going to get a flu I guess.... " alasan agar kesedihan ketika bersujud dapat aku selindungi dari pengetahuannya.

Kebimbangan tentang prestasi Hani telah Amin suarakan pada ku beberapa hari yang lalu. Kalau si Papa bimbang inikanlah pula aku Mamanya..... keresahan ini menuntut aku lebih bersungguh memohon kepada Allah sesungguhnya. Bermacam yang aku peringatkan untuk Hani, bukan membezakan kemampuan anak-anak. Namun setiap kita sememangnya punya kekurangan dan kelebihan tersediri. Tapi ingatan supaya anak-anak tidak leka ketika dalam pembelajaran dan pengajian tidak pernah lekang dari mulut kami, kerana penyesalan kemudian akan tiada gunanya bak kata pepatah "berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" Untuk Hani, doa Mama akan sentiasa mengiringi perjalanan dan kejayaan kakak.... tiada yang Mama pohon selain dari kesungguhan dan keimanan didalam perjalanan dalam menuju jaya..... semuga kakak sukses dalam peperiksaan nanti.... InsaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan