Selasa, Oktober 25, 2011

Teruja

Sedang aku melayan lagu yang didendangkan di radio, a call coming in.... screen shows 'Papa' yang call... kedengaran "As salamualaikum Ma.... Mama kat mana?" suara Dania ditalian. Soalan biasa yang diajukan bila menalipon. Jawapan aku biasa saja, "dalam perjalanan nak balik la ni... kenapa Dik?" "Mama.... adik ada berita ni..., tadi Ustazah panggil adik kat sekolah, Mama adik dapat jadi pengawas sekolah tahun depan..., Mama suka tak?" tanyanya pada aku. "Yer ker? Alhamdulillah.... adik suka tak?" tanyaku lagi. "Sukala...." jawabnya dengan riang. Aku tahu itu memang cita-citanya sejak dia didarjah 2 lagi. Alhamdulillah.... tercapai juga hasrat hatinya untuk menjadi pegawas sekolah, walaupun untuk Sekolah Kebangsaan Agama, aku tumpang gembira. Didalam perjalanan ku dapat aku bayangkan hati Dania yang sedang berbunga. Sesampainya aku dirumah, dia lantas menceritakan bagaimana dia bersama 4 orang teman sekelasnya dipanggil oleh ustazah petang tadi sebelum pulang. Pada hematnya dia telah melakukan kesilapan dan bakal didenda oleh ustazah meleset. Kebimbangan dihati bertukar kepada keriangan atas kepercayaan dan mandat pihak sekolah diatas kemampuan mereka. Melihat surat tawaran yang diterima aku terpaku, kerana sebelum diterima menjadi pengawas sekolah seseorang murid itu haruslah memiliki ciri-ciri kepimpinan, prestasi akedemik yang cemerlang, berheamah dan bertanggungjawab. Syukur aku terhadap mu ya Allah.... Dania punya ciri-ciri yang baik semua ini adalah atas kehendakmu ya Allah..... Teringat aku juga mula memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah semasa didalam darjah 4 semasa di Sekolah Rendah. Sepanjang malam Dania tidak henti bertanya itu dan ini tentang tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikulnya tahun depan. Sebagai Ibu, aku sering mengingatkan bahawa sikap jujur, budibahasa dan timbangrasa harus ada sebagai pengawas. Begitu juga dia harus punya kemampuan yang tinggi didalam mengagihkan masanya diantara pelajaran dan kokurikulam sekolah. Ingatan ku ini, supaya dia bersedia dari segi mentalnya bahawa tugas yang bakal digalas bukan hanya sekadar nama, namun dia harus menyediakan dirinya dari seawal mungkin memikul sebuah tanggungjawab sebagai wakil pelajar. Pengalaman yang pernah aku lalui ketika suatu waktu dahulu aku kongsikan bersama gadis ku Dania.

Aku yakin dengan kehendaknya, dia pasti mampu menjalankan tugasan yang disandang dengan mudah..... Sebagai Pegawas dia harus bijak didalam membuat pertimbangan, bersikap tegas tetapi bukan garang dan lembut berhemah berbicara tapi bukan lemah atau tidak bersemangat. Semuga Dania maju jaya didalam memikul tugas barunya nanti.... InsaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan