Isnin, Oktober 03, 2011

Sawadikarp.... Khorb koon kaa.... :)

Gambar beramai2 di Wan Garden...
Sebahagian dari mereka geng rayap kami setiap malam....
Geng rayap tetap selama 2 malam berturut2.. (Hidayat, Ratna dan Zalina)

Bergambar di post box ke 3 terbesar di dunia...

Inilah dia sup burung layang-layang, harga semangkuk 200 bht (RM20.00)

bergambar di Muzium Betong dengan hasil ukiran kayu 2 ekor burung yang menarik...


Dihadapan pintu masuk Muzium Betong..... (dihadapan ku banyak anjing berkeliaran) melangkah dengan hati-hati, takut terpijak najis anjing yang bertaburan disana-sini...

Berehat dan bersantai sambil menikmati air suam untuk merehatkan kaki...

Beginilah keadaan didalam terowong peninggalan komunis...

Aku berjaya menyusur keluar sejauh 271 meter....

Pendakian bermula untuk ke Pyamit Tunnel 1, Terowong peninggalan Kominis....

Pemandangan @ Wan Garden, Betong...

Truck ini merupakan kenderaan utama untuk pelancong melawat Wan Garden....

Pekan Betong di waktu Malam....

Pemandangan diwaktu malam di pekan Betong.... disepanjang wayar letrik bertenggek banyak burung layang-layang...

Grand Mandarin Hotel, pemandangan dari menara Muzium Betong

Coach yang membawa kami seramai 40 orang...

Imigresen Betong....

Sekembalinya aku dari Singapura aku terus merancang untuk ke Thailand pula. Tarikh yang telah ditetapkan pada 16 - 18 September 2011. Dengan kebenaran dari suami, aku terus mendaftarkan nama sebagai peserta rombongan KKIOI, dan bayaran 50% aku jelaskan. Tengok pada lokasi tempat yang nak dilawat memang kurang menarik, pemergian ku hanya kerana ingin melihat negara orang dan faktor 'exposure' sahaja. Kali ini kami tidak dibenarkan membawa ahli keluarga, jadi Hani dan Dania aku maklumkan tentang perkara ini supaya mereka tidak salah faham. Sebenarnya kalau boleh aku berhajat untuk membawa Shafiq untuk trip kali ini, to be fair dengan anak-anak. Masa ke Singapore Hani dan Dania aku bawa, jadi ingat hati nak bawa Shafiq pula. Mungkin bukan rezeki dia, tarikh operation yang telah ditetapkan pada 8.9.2011 jelas terlalu hampir dengan tarikh rombongan kami ke Thailand, jadi seeloknya dia tidak turut serta memandangkan dia masih belum pulih.

Kami bertolak awal pagi, jam 6.30 kami dikehendaki berada di PFCC Mall, Puchong. Aturcara mengikut sebagaimana yang direncanakan. Teman sebilik ku Noor Zalina, staff baru. Anyway aku pun tak kisah siapa teman sekamar ku sebenarnya, yang penting sikap tolak ansur pada diri kita harus ada supaya tidak timbul sebarang masaalah.

Sampai di sempadan Malaysia-Thailand pada jam 2.20 petang, cuaca yang sungguh cantik. Sebelum check-in di hotel kami singgah di 2 buah 'Buddha Temple' tapi peserta-peserta muslim tidak berhajat dan berminat untuk masuk, kami hanya menunggu di dalam bas dan bergambar di luar kawasan Temple. Sebenarnya melangkah saja kaki aku di pintu gerbang Kuil tu, bulu roma aku mula berdiri, mujur sepanjang dalam perjalanan ke kawasan kuil aku berpesan pada teman-teman dan diri ku sendiri supaya berzikir dan wirid supaya kami berada dalam lindungan Allah sentiasa. Keadaan kawasan agak kurang enak berbau anjing. Disana-sini kelihatan anjing berkeliaran dengan biaknya, namun anjing-anjing tersebut tidak menyalak malah seolah-olah menunggu untuk di beri makan. Selesai lawatan kami yang ke rumah ibadat Buddha kami segera check-in di Grand Mandarin Hotel, Betong hampir jam 6.00 petang. Hotelnya menarik, menurut tourist guide kami, ia merupakan Hotel yang terbaik dan termahal di Betong (itulah katanya.... mungkin juga...:)

Malam hari kami mulakan dengan berjalan-jalan disekitar pekan Betong, mencari kedai makan halal dan melihat apa yang menarik dan boleh dibeli sebagai buah tangan, walaubagaimana pun kami telah diberi amaran supaya tidak keluar bersendirian, demi keselamatan. Pekannya kecil dengan struktur bangunan yang agak usang, tidak banyak yang menarik kecuali tempat hiburan untuk menarik minat pelanggan dengan hiasan lampu warna-warni di muka-muka pintu masuk dan kebanyakkan adalah pusat hiburan, pub, bar, rumah urut dan tempat melepaskan nafsu durjana mereka, masyaAllah.... memang betullah kata orang disinilah syurga kaum Adam yang lupa akan hari akhirnya! Anyway mostly nampaknya ramai yang berkepit dan mendapatkan layanan istimewa ini rata-rata bukan orang bangsaku. Aku sebagai pelancung hanya melihat sahaja, tanpa sebarang komen, bak kata 'jaga mulut' jangan celupar! maklumlah di negeri orang....:) mata aku terkelip-kelip melihatkan gelagat kaki botol yang terhoyong-hayang di muka pintu menyanyi-nyayi, lupa dirinya dimana? kalau diambil gambarnya mau malu melihatkan diri yang sedemikian rupa. Anyway kesempatan untuk berurut tidak aku lepaskan, sakit badan memang dah lama inilah masa untuk aku memanjakan badan, bayaran yang dikenakan sebanyak 300 bht (RM30.00) untuk 1 jam urutan badan dan 2oo bht (RM20.00) untuk foot massage.

Hari ke 2, seawal jam 8.00 pagi kami telah bersedia untuk mengikut agenda yang telah ditetapkan rombongan kami memulakan perjalanan ke Wan Garden, kawasan tanah tinggi di Betong dimana kami dikehendaki menaiki Truck untuk sampai ke puncak. Pyamit Tunnel 1 (iaitu terowong binaan komunis yang sepanjang 271 meter, menyimpan banyak sejarah peninggalan komunis sebelum mereka menyerah keluar dan menjalani kehidupan sebagai manusia biasa). Di sini kami menikmati durian Siam yang murah harganya, memang best... (tumb-up). Kerana tak cukup, aku dan Ratna berkongsi sebiji durian siam yang besar dengan harga RM100 bth (RM10.00). Selepas meninggalkan Tunnel kami bergerak ke Hot Spring bersantai merendamkan kaki kami yang letih berjalan di kolam air panas, melawat Muzium Betong sambil menikmati panorama Betong dari menara tertinggi muzium Betong. Sayang sungguh, muzium yang tidak diurus dengan baik, kebanyakkan barang yang dipamerkan berhabuk dan terbiar. Keadaan sekitarnya yang menarik hilang serinya kerana tidak diurus dengan baik seperti di muzium negara kita. Kemudian rombongan dibawa untuk menikmati hidangan sarang burung layang-layang yang sememangnya terkenal sebagai hasil keluaran tempatan, boleh dikatakan harganya jauh lebih murah dari di Malaysia. Semangkuk soup burung layang-layang biasa berharga 200 bht (RM20.00) dan harga burung layang-layang bergingsing 300 bht (RM30.00) ianya kaya dengan khasiat yang tersendiri lebih-lebih untuk kecantikan. Kerana itu aku ingin mencuba..... hahahaha. Pertama kali menikmati soup burung layang-layang, rasa nak muntah pun ada, teringat bau najis burung malam tadi yang bertaburan di pekan Betong. Baunya agak hamis, mual perut dibuatnya, tapi kerana khasiat pejam mata, tutup hidung berjaya aku habiskan juga. Kami dibawa membeli-belah barang warga tempatan, kacang-kacang dan makanan ringan, kemudian kami singgah melawat post box yang ke3 terbesar di dunia dan pulang semula ke Hotel. Tamatlah lawatan kami untuk hari ke 2...:) Keseluruhan lawatan ini memberikan aku pendedahan tentang penghidupan penduduk Thailand dan negara mereka. Berada di negara Gajah Putih selama 3 hari, memberi banyak pengertian dan mengenal diri ku sendiri dan mencintai Malaysia negara lebih lagi. Sepanjang berada di sana, menu makanan kami adalah tomyam dan somtam yang menjadi makanan tradisi penduduk di sana. Tidak dinafikan rasa masakan mereka memang sedap hingga menjilat jari. Pertuturan menjadi masaalah utama mereka, kerana kebanyakkan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris dan berbahasa melayu. Tetapi terdapat segelintir penduduk Thailand berugama Islam dan boleh berbahasa melayu, tetapi amat kurang. Kerana itu aku terpaksa mencari kamus bahasa Thailand-Malaysia-Inggeris..... memang lawak, macam ayam dan itek kami dibuatnya. Walaubagaimana pun sedikit bahasa Thai yang dapat kami kuasai, Nuat-urut, Sebai-sebai-seronok/happy, Peng-mahal. Khorb koon kaa-terima kasih (bagi perempuan), Khorb koon kap-terima kasih (bagi lelaki), Sawadikarp-selamat datang..... Setiap kali habis membayar aku tidak lupa untuk mengucapkan dan Khorb koon kaa, dan bila menawar aku katakan 'peng-peng' supaya harga dapat dikurangkan lagi.... :) kawan-kawan seronok melihat aku yang ghairah berbahasa Thai sepanjang 3 hari di Betong.....

Jam 11.00 pagi kami dikehendaki untuk check-out dan adjourn..... sebelum itu kami sempat menikmati hidangan makan tengahari dan last kopek shopping. Walau apapun aku sempat bershopping untuk anak-anak malam tadi, ala kadar dan mana yang aku kira wajar dan boleh dibeli sebagai buah tangan untuk mereka di rumah. Bersama rombongan kali ini aku berpeluang berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan warga kerja IOI dari site dan department yang lain. Disinilah kemesraan dapat dijalinkan kerana tugas masing-masing yang tidak mengizinkan untuk dapat berjumpa. Semuga bertemu kembali di trip yang akan datang.... InsaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan