Jumaat, Oktober 07, 2011

Rajuk bila ditegur....

Sebagai ibu berbagai kerenah anak-anak yang harus dihadapi. Tidak dinafikan sikap ibubapa yang terlalu mengambil berat akan perkembangan anak-anak disalah ertikan. Anak-anak beranggapan ibubapa mengongkong dan tidak sporting. Tapi bila dibiarkan atau dilepaskan ada pula yang berkata ibubapa tak ambil tahu, tidak bertanggungjawab dan lepas tangan. Kebelakangan ini kes bunuh dan buang bayi mula berleluasa. Kisah gadis 19 tahun yang melahirkan anak dan mencampakan bayi yang baru dilahirkan dari tingkat 2 blok flat hangat diperkatakan menjadi topik di akbar menaikkan kemarahan ramai. Tapi terpikirkah kita dimana dan dari mana puncanya? Sianak atau ibubapa yang harus dipersalahkan. Rata-rata setiap individu mempunyai penilaian tersendiri. Dimana nilai kasih sayang seorang ibu yang sanggup melemparkan dan membunuh anak yang selama 9 bulan dikandung, dilahirkan dengan bertaruhkan nyawa. Tempoh 9 bulan bukan tempoh yang singkat mengusung perut yang memboyot ke hulu ke hilir, tidur, makan, kerja dan semuanya bersama.... kemana sahaja kandungan dibawa, tiba masa anak lahir... 'I dont want u n you go now..' begitukah tindakan si ibu? memang tidak masuk diakal kecuali siibu yang kurang siuman, keadaannya yang terdesak pendek akal atau hilang pertimbangan diri. Marah ada, kesian ada... sebagai ibu, terdetak dihati seandainya aku berada ditempat ibu sigadis tadi. MasyaAllah.... Nauzubillah... semuga kau lindungilah anak-anak ku dari perkara sedemikian.

Teringat kisah Hani, yang aku tegur kerana sikapnya yang kurang aku senangi. Puncanya kerana dia memberikan alasan tidak bawa tudung hitam untuk kelas Teakwando, maka dia meminta aku memaklumkan pada Sir Ari yang dia tidak dapat hadir ke kelas Teakwando di SMKB hari Isnin lepas. Aku terkejut bila panggilanya aku terima

Hani: Mama... nanti tolong bagi tau Sir, kakak tak datang kelas.

Mama: Kenapa?

Hani: Kakak tak bawa tudung hitam.

Mama: Kakak pakailah tudung sekolah, kan boleh?

Hani: Tak nak la, kakak nanti balik rumah Awa naik bas.... (bila Papa tak ada biasa Hani akan pulang ke rumah Awa)

Panggilan terputussss.....

Terus terang aku sememangnya tidak suka dengan sikap yang begini. Bukan hanya pada anak-anak ku, tapi pada siapa juga.... ianya lebih kepada - sikap tidak bertanggung-jawab dan lepas tangan, tidak creative dan praktikal. Kenapa aku katakan sedemikian? Kalau orang yang bertanggung-jawab, dia akan tahu apa yang sepatutnya disediakan bila adanya sesuatu yang melibatkan dirinya. Dan bijak mencari jalan penyelesaian apabila berhadapan dengan masaalah atau kekurangan bahan. Jelas Hani, mengambil sikap ambil mudah dan tidak bernas dalam mencari penyelesaian. Dia punya pilihan, untuk memakai tudung putih sekolah tapi menolak cadangan. Satu lagi sikap yang kurang elok adalah, tidak berhadapan sendiri dengan Jurulatihnya, malah menyerahkan tugas untuk menyampaikan hasratnya kepada Mama. kenapa dia sendiri tidak memaklumkan terus? Kerana menegur sikapnya ini, Hani mogok tidak bercakap dengan aku selama 2 hari.

Aku menalifonnya apabila dia berada di rumah Awa, untuk memastikan dia selamat sampai di ruamah Awanya.

Mama: Bila kakak sampai rumah awa?

Hani : Baru jer...

Mama: Kakak.... Mama dah call Sir, kesian Sir... dia kata "susahlah kak kalau Hani tak ada, sebab saya tak ada pembantu... lagi pun hari ni murid-murid akan buat bayaran tak ada orang nak tulis resit.... "(alasan dari Sir Ari, yang aku sampaikan padanya)

Hani: ........... tidak langsung bersuara

Mama: Kenapa kakak diam? kakak taukan ada kelas, kenapa yang tak bawa tudung hitam? kenapa tak boleh ke pakai tudung putih sekolah tu?

Hani: Tak nak la...

Mama: Next time kalau nak ponteng kelas, kakak kena inform Sir sendiri.... but Mama kena tahu kenapa dulu... faham? Dah banyak kali Mama tegur kakak pasal ni, tapi kakak masih juga tak ingat-ingat.... kakak kena tau ini tanggungjawab kakak.... janganlah lepas tangan macam ni... tak elok la...

Hani: .......... (diam terus)

Mama: Kakak.....

Hani: Ya.....

Mama: Dengar tak?

Hani: Dengar.....

Mama: Mama kecewa la, dengan sikap kakak ni....

Kerana dialog ini dia mogok? selama 2 hari.... Bukan untuk menjaja keburukan anak sendiri, tapi ini adalah fakta dan satu iktibar bagi anak-anak lain. Pernahkan anda bersikap sedemikian? Berkongsi pengalaman hidup bukan berniat mengaibkan. Perkara yang difikirkan untuk tujuan kebaikan akan menghasilkan kebaikan, tapi perkara yang kita fikir memberikan keburukan akan menghasilkan keburukan jua kepada kita. Kalau bukan orang yang rapat dan kita kasihi kita tidak akan menegurnya. Tapi kerana sayanglah aku menegur sikap anak ku, Hani yang kurang elok dan manis. Aku tidak mahu dia bersikap sedemikian sehingga akhir...... dia harus belajar lebih bertanggungjawab dan berani berdepan dengan apa juga kemungkinan. Berterus terang dan telus dengan tindakannya. Sebagai gadis remaja dia sememangnya mudah terpengaruh. Tidak dinafikan pergaulan dan persekitaran, maka kerana itu pemantauan dan teguran yang membina membantu menjadikan insan yang berwibawa dan pertanggungjawab. Aku tidak menafikan Hani bersalah anggap akan teguran yang aku lakukan, baginya aku tidak menyukainya, tidak menyayanginya, pilih kasih and so on..... dia bebas untuk beranggap apa juga pada aku. Setiap kali isu-isu begini kami hadapi, aku sering mengatakkan "Sebab Mama sayang kakaklah Mama tegur....." Hanya aku berdoa suatu hari nanti bila dia dewasa dan menjadi ibu dia akan tahu dan dapat menilai sendiri kata-kata dan tindakan Mama selama ini. Selama 2 hari aku biarkan dia, aku lihat sikapnya... tapi aku masih melayannya seperti biasa, aku masak, makan seadanya, panggil dia berbuka bersama aku.... walaupun dia menyahut dan datang ke meja makan namun dia agak 'kaku' sehingga pada pagi Rabu "Ma.... ubi ni elok lagi ke Ma....." aku hampiri dia dan merasa ubi rebus bersalut rempah kari yang aku masak petang semalam untuk berbuka masih elok. Dia berhajat untuk membawa kesekolah... dan makan bersama teman-teman sekelasnya... "Bawalah semua.... nanti makan ramai-ramai dengan kawan-kawan" saran ku. Sebelum ke sekolah dia menyalami ku dan mencium ku seperti kebiasaan, tapi selama 2 hari dia tidak berbuat sedemikian, mungkin kerana rajuknya..... Aku tahu perasaannya.... naluri ku berkata 'aku tidak akan biarkan anak ku jauh menyimpang, mereka amanat ku..."aku bersyukur kerana Allah melembutkan hati anak gadisku.

Sebenarnya setiap kali aku bercerita tentang anak-anak tidak kira yang mana antara 3 anak-anak ku, aku pasti mengalir airmata. Mereka adalah permata hati ku, tiada yang lebih berharga dalam hidup aku selain anak-anak yang Allah kurniakan untuk ku. Biarpun terkadang hati ku terguris, namun doaku tidak akan putus semuga anak-anak ku sentiasa dalam kesejahteraan dan keberkataan Allah. Kerana itu aku mohon pada Allah semuga jadikan anak-anak ku anak-anak yang soleh dan solehan, berjaya dan cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah. Apa yang aku beri bukan minta di balas, cuma pinta ku semuga mereka tumpukan perhatian kepada pelajaran sementara mereka dalam pengajian. Kerana tiada puluhan hektar tanah dan ribuan Ringgit Malaysia yang kami tinggalkan untuk hari tua, selain pelajaran ini yang menjadi modal sebagai bekalan dihari tua. Berjaya dan cemerlang, berkerjaya dan selesa dalam kehidupan.... cinta akan datang menyusur kemudian.... bukan untuk menghalang dari berteman tapi haruslah tahu landasan berteman. Sering berjumpa pun tidak manis, lebih-lebih lagi dalam usia remaja yang terdedah dengan pelbagai godaan. Kalau dah bersama sehari suntuk sehingga waktu solat entah kemana, pulang rumah lewat malam dan bertemujanji hingga sanggup memandu ratusan kilometer semata-mata untuk bertemu berdua-dua kehulu kehilir tidakkah boleh mengundang perkara yang tidak diingini, sehingga terjebat dengan kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Bukan menuduh kepada semua remaja sahaja kerana yang sudah dewasa dan berusia juga terlibat dengan jenayah sedemikian tetapi keghairahan begini harus dibendung bukan hanya remaja tetapi kepada banyak pihak yang boleh memainkan peranan bersama. Untuk anak-anak remaja Mama, bukan Mama nak halang kalian berkawan.... siapa kawan anak-anak Mama tak pernah Mama atau Papa persoalkan, tapi biarlah mengikut landasan dan lunas yang wajar dan tidak keterlaluan, menegur bukan bermakna benci.... fahamkan betul-betul apa yang ditegur dan kenapa abang dan kakak, Mama dan Papa tegur.... jangan buat kesimpulan mudah dan singkat fikiran... pertimbangkan setiap keputusan dan kaji diri kita sendiri... Mama dan Papa bukan tidak melihat dan merasa apa yang anak-anak rasakan, kami melaluinya lebih dahulu dizaman kami walau agak berbeza, kami akur akan perbezaan dizaman kami, namun adalah menjadi tanggungjawab kami menjaga dan menyayagi amanat Allah ini sebaik-baiknya melebihi nyawa kami sendiri selagi anak-anak memanggil kami Mama dan Papa......

(Ketika kisah ini aku paparkan, aku menerima panggilan Hani, "Mama.... nanti jangan lupa ambik kakak kat Serai ya.... " Serai adalah singkatan Sek Ren Keb Integrasi Sg. Manggis, dia merupakan pembantu jurulatih teakwando di serai) aku bersyukur, gadis ku kembali mesra dan manja seperti selalu..... semuga tiada lagi rajuk dihatinya.....)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan