Selasa, Mei 19, 2009

Arwah Haji Azahari Bin Salim (Net)


19.05.2009 - Alarm handphone aku berbunyi, bila ku lihat skrin handphone aku..... Subhanallah!! Hari Ulang Tahun Net, dia abang ku dia yang merupakan anak yang ke 4 dalam keluarga Haji Salim dan Hajah Noriah. Dia yang sangat selesa dengan panggilan 'Net' atau nama sebenarnya Azahari telah pulang kerahmatullah pada 15.3.1989 akibat kemalangan jalanraya semasa kami dalam perjalanan pulang dari Langkawi, sekiranya diimbas kembali saat itu, aku masih ingat bagaimana dia meminta supaya menolongnya yang sedang tersepit!! Dia yang memandu ketika itu bersama seorang makcik ku yang duduk dihadapan telah tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan serious. Aku, Amin dan Lia anak perempuan Mak Teh hanya cedera, ketiga-tiga kami patah tangan dan luka disini sana tubuh badan. Kedua-dua mereka meninggal ditempat kejadian dan jenazah dikebumi keesokkan harinya.

Perjalanan kami ke Langkawi sebenarnya adalah untuk menziarah kakak ku Rohana yang baru berpindah ke Langkawi dari Kuching, Sarawak. Sekiranya umurnya panjang 'Net' akan berusia 49 tahun. Begitu cepat masa berlalu, dia telah pun pergi meninggalkan kami semua hampir 20 tahun. Kemalangan ngeri di Batang Kali, Kuala Kubu yang telah meragut nyawanya dulu merupakan kenangan hitam yang sukar untuk dilupakan...... peristiwa itu terjadi dengan berlaku begitu pantas, tapi meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup kami sekeluarga. Bertahun-tahun lamanya kami pulih dari trauma kehilangannya, dia yang berperwatakan ceria, lucu dan kacak sememangnya disenangi oleh saudara-saudara dan rakan-rakan. Dia yang telah berumahtangga meninggalkan seorang balu dan seorang puteri yang comel. 'Net' meninggalkan seorang puterinya yang bernama Anis Sarina kini sudah pun berusia 21 tahun. Inilah dia, sekiranya sudah tiba masa kita dijemput oleh yang masa Esa, tidak sesaat pun dia menunggu..... Begitulah kekuasa Allah pencipta sekian alam semesta. Alfatiha untuk Arwah Hj Azahari.... semuga Rohnya ditempatkan disisi hamba-hambanya yang soleh dan beriman..... Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan