Rabu, Julai 04, 2012

Cupcake workshop pula...

3 jenis cupcake yang sudah ditoppingkan... Red valvet, chocolate dan vanilla cupcake... cantik, sedap dan menarikkan?
cupcake yang baru keluar dari oven, disejukkan dan sedia untuk topping...
4 jenis topping hasil kerja dan creativity hari ini..... cream butter with curmble vamilla (pink topping and white topping), cream cheese with red velvet crumble and chocolate ganache with white nibs....

Sedang leka dengan topping.... 3 topping yang berbeza, Cream Cheese, Chocolate Ganaghe dan Butter Cream....
Bersedia untu mulakan bancuhan pertama cupcake kami.....
Cupcake sedia untuk di toppingkan... jom !
Aku dipanggil ke bilik boss petang 3hb July sebelum pulang, soalan demi soalan yang diajukan hanya kerana permohonan cuti esok 4hb July 2012.  Aku memohon cuti pada hari Isnin 2hb July.  Workload, appointment untuk minggu ini, status Phase 5A, 5B dan 4C semua kena dilapurkan.  Malah untuk tujuan apa permohonan cuti ku juga ingin diketahui, biarpun alasan yang telah aku berikan adalah 'Personal matter' makna ia adalah peribadi! betul tak? jadi takkan aku kena cerita juga...!! aduhhai Mr. P ni memang betul-betul dia tak bagi aku cuti rupanya.  Penat aku jelaskan bahawa segala temujanji untuk esok yang mana aku bercuti sudah pun diuruskan dengan kakitangan yang berkenaan, tapi masih juga dia berat untuk melepaskan aku untuk bercuti.....ggggrrrrrrrrrrr.  Diluar, Liza, Ija, Cheah dan Zila menuggu aku dengan 1000 pertanyaan.....wahhhh!! adik-adik aku ni memang perihatin betul....:)  Mereka ini semua penyokong-penyokong aku untuk ke Cupcake workshop!! Mana taknya semuanya dah pesan supaya aku bawakan mereka cupcake hari Khamis untuk dinikmati seperti Chocholate Workshop yang lepas. Hebat... hebat... hebat... anyway I love you alls guys....:)  Kalian adalah pendorong dan tester setiap resipi ku.....hahahahahahaha
Sampai di Bagus, Shah Alam agak awal bersama teman ku Zila kami meronda di Bagus, meronda ker? shopping bahan kuih sebenarnya.... memang kalau di Bagus semua yang aku lihat memang bagussss......hahahahaha....  Kelas mula jam 10.30pagi peserta seramai 11 orang dan salah seorangnya adalah lelaki.... menarikkan? aku memang tabik pada kaum lelaki yang pandai dan minat memasak.  3 jenis cupcake yang diajarkan, Red Velvet Cupcake, Chocolate Cupcake dan Vanilla Cupcake.  Cream untuk cupcake juga berbeza, iaitu Cream Cheese Topping, Chocolate Ganache, Vanilla Butter Cream dan Crumble Vanilla.  Rasanya fees RM140.00 memang berbaloi....:)  Chef Nabila is a very simple chef banyak baking tips yang diajarkan dan proses pembelajaran berjalan baik, lancar dan menyeronokkan lebih-lebih lagi dengan kehadiran geng ku, Zila dan Ija yang mana kelas tak gamat dengan kami bertiga...... fun..fun.. fun...:) 
Anyway biarpun kami berhabis hari ini, tetapi ilmu yang kami pelajari amat-amat bermenafaat untuk kesejahteraan kami sekeluarga.  Anak-anak especially enjoyed bila tengok cupcake yang mama bawa balik petang tadi.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan