Khamis, September 17, 2009

Manisan Tradisional Melayu - Dodol





Proses membuat Dodol........

Proses memasaknya yang lama.... menyebabkan tidak ramai yang rajin untuk membuatnya. Anyway tidak bagi kami, sebenarnya keseronokkan hari raya lebih terasa kiranya ada persediaan-persediaan yang agak memerlukan kerjasama ramai ahli keluarga. Menganyam ketupat dan mengacau dodol umpamanya merupakan satu kemestian bagi kami. Resipi yang diturunkan oleh Cik Odah (Adik ipar arwah mak yang sangat rapat dengan kami dan kami anggap seperti mak setelah ketiadaan arwah mak) resipi dodol istimewanya sangat disukai oleh sanak-saudara dan jiran tetangga. Sebut saja kami akan mengacau dodol, maka tempahan akan datang tanpa kami bertanya, cuma sanggup dengan tak sanggup saja untuk memenuhi permintaan.... memandangkan masa yang terhad dan tenaga yang akan mengacau tu kurang maka kami tidak berani untuk menyanggupi menerima tempahan dodol pada tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas boleh dikatakan dodol yang dikacau bergantang-gantang. Untuk tahun ini kami hanya mampu mengacau untuk 11/2 gantang saja, itu kerana adanya permintaan istimewa yang sukar untuk ditolak dan atas kesanggupan kawan Amin, Sharul untuk membantu.

Sedari jam 1.oo petang persediaan bermula hingga ke jam 11.00 malam baru dodol kami siap dan sedia untuk dipacking. Bagi Sharul yang pertama kali terlibat dengan proses pembuatan dodol hingga masak menjadi pengalaman menariknya. Walaupun penat tapi keriangan tergambar kerana berjaya menyelesaikan tugas mencabar......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan