Jumaat, September 11, 2009

Lapuran Prestasi Hani

11.09.2009 (Jumaat) telah ditetapkan sebagai hari untuk berjumpa dengan guru-guru untuk lapuran prestasi murid-murid. Berada di kelas 3 Musenda, Sekolah Menengah Kebangsaan Banting (SMKB) dan berjumpa dengan guru kelasnya Puan Sarkuna Devi, dia adalah guru Bahasa Inggeris Hani. Menerima lapuran prestasi Hani dan mendengar komen dari Puan Sarkuna Devi. Kalau dikaji, diamat-amati dan diteliti sememangnya boleh diterima keputusan tu, tapi sebenarnya Hani (atau lebih mesra dengan panggilan kakak dirumah) sememangnya boleh pergi lebih baik dari itu, cuma Hani kenalah berusaha lebih gigih untuk sampai ketahap yang cemerlang setanding murid-murid cemerlang yang lain. Kedudukan kelas: 3/32 tapi Gred Purata Pelajarnya: 2.13 dan Peratus: 62.50 menurut guru-gurunya yang aku temui memberikan komen yang baik dan membina dan percaya dia boleh memberikan keputusan yang lebih baik, memandangkan kertas peperiksaan percubaan dari PPD memang agak susah. Aku tidak mengatakan berpuashati dengan keputusannya cuma apa yang aku katakan bahawa dia tidak boleh lagi duduk bersenang-senang dengan keputusan yang ditangan kerana dia berada dizone yang bahaya sekiranya tindakan segera untuk membuat latihan dan ulangan pelajaran tidak dilakukan.
Doa ku semuga Hani mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMRnya nanti. Its 27 days to go for the PMR, hati ku turut berdebar....... mudah-mudahan nanti Hani akan dapat memberikan jawapan yang tepat dan bernas juga dapat memahami soalan yang diberikan dengan baik and fit too on that day..... Insaallah.... Dalam diam dia menyimpan hasrat dan harapan untuk mendapat 6A dan ingin melanjutkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Teknik. Aku doakan impiannya akan tercapai, Insaallah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan