Sabtu, September 05, 2009

Berbuka di rumah Pak Long











5.09.2009 (Sabtu) semua warga Massupi akan berkumpul di Kelana Jaya untuk Majlis Berbuka Puasa Massupi. Setelah 15 hari kita berpuasa baru ini lah kami akan berbuka diluar, itupun rumah Abang Hadi (Pak Long anak2 ku). Hani dan Dania seronok sebab inilah peluang bagi mereka ini untuk berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan all the babies. Yang ditanya oleh Dania, Shakira dan Shafiqah datang tak? Hani pulak sibuk tanya Cik Mas dengan Cik Rosnya datang atau tidak? sebab dia sememangnya rapat dengan Elly dan Shikin. So inilah peluang anak-anak gadis ni berjumpa dan bersembang hal-hal mereka.

Menurut Kak Onah, menu sajian petang ni masakan ala-ala kampung jer, so anyway memang tak jadi masaalah memandangkan kami semua ni tak cerewet pasal makan. Selain tu akan ada beberapa menu tambahan seperti pengat keladi, kurma dan pisang dari ahli massupi yang sudah memaklumkan buah tangan masing-masing untuk mengelakkan pertindihan. Tapi yang pastinya akan ada lagi juadah tambahan yang bakal datang untuk memenuhkan meja hidangan. Tapi pastinya ramai yang akan menyandar kekenyangan malam ni.

Tapi walau macam mana kenyang sekalipun mesyuarat malam ini untuk membincangkan tujuan asal perjumpaan berbuka puasa pasti dijalankan. Jamuan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H yang akan diadakan pada 26.09.2009 di rumah induk, Kanchung Darat, Banting. Kami mengharapkan majlis tahun ini akan lebih meriah dan lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Dan diharapkan tahun ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari semua warga Massupi.

Majlis berbuka berjalan dengan lancar, juadah yang dihidangkan sememangnya membuatkan semua yang hadir kecur air liur dan tak tau nak pilih yang mana satu. Hidangan makan malam lauk-lauk ala kampung, lemak daun soh dengan tempe, kari daging, sambal udang, ikan goreng berempah, bergedel, ulam, ikan masin dan sambal belacan. Kuih-muih yang menjadi pembuka selera, kuih talam ubi, seri muka, tepung pelita, karipap putar, karipap biasa, samosa, wade, satar, pulut panggang, murtabak, pengat keladi dan bubur lambuk. Buah-buahan seperti anggur, pisang berangan dan lemak manis begitu banyak sekali. Minuman istimewa air mangga segar, teh halia dan nescafe panas. Suasananya dan sajiannya seperti di hotel 3 bintang cuma bezanya kami duduk bersila saja.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan