Isnin, Januari 21, 2013

Musim Durian Crepe melanda

Sebenarnya masakan ini pun bermusim, macam fashion juga....  :)  Contohnya Pop cake, Hokaido cupcake, Cake in a Jar, Pavlova dan recently Durian Crepe pula.  Aku yang sememangnya gemar memasak atau membaking tidak lari dari ingin menikmati akan kelazatan resipi yang trendy ini..... hahahahaha.... trendy ker? memang trendy sebab dia mengikut musim... bila musim durian maka durianlah yang menjadi mangsa.  Tetapi bagi yang tidak menggemari Durian bolehlah digantikan dengan bahan yang lain, seperti jagung, strawberry atau apa-apa saja mengikut citarasa masing-masing.  Banyak resipi yang sudah aku lihat tetapi so far ada 2 resipi yang sudah aku cuba dan berjaya..... Bahan-bahan yang digunakan tidaklah susah untuk dicari.... semuanya sememangnya sentiasa ada di dapur kita..... cuma penggunaan tepungnya yang berbagai sehingga ada yang menggunaka lebih dari 4 jenis tepung!


Bahan2nya :
Untuk Kulit:
20 gm Tepung Jagung
20 gm Tepung Kastad
40 gm Tepung Gandum
40 gm Tepung Ubi
2  biji Telur
2 sudu makan gula
2 sudu makan butter dicairkan
80 gm susu segar
Secubit garam dan pewarna kuning
Semua bahan disatukan dengan menggunakan whisk dan kemudian seeloknya dikisar sebentar supaya tidak ada ketulan pada adunan tepung dan tapiskan.
Untuk Filling
Bahan A
2 sudu makan tepung  kastad
11/2 cawan  susu segar
2 sudu makan gula (atau ikut suka/rasa)
Double boilkan sehingga masak
Bahan B
Whipping Cream - dipukul sehingga kembang
Setlah bahan A sejuk kaupbalik dengan bahan B yang sudah dipukul kembang.  Atau anda boleh juga menggunakan bahan A atau bahan  B sebagai filling mengikut citarasa dan kesesuaian anda.
Bahan C
Durian - dipisahkan dari isinya (untuk dijadikan intinya)
Durian crepe...
Manggo crepe... its an alternatvie to those who dont like Durian....

Nota Penting : Durian crepe ini tidak boleh disimpan lama, paling lama pun 2 hari kerana inti Durian mudah bertukar rasa walaupun di simpan di dalam peti sejuk.  Silap haribulan nanti jadi crepe tempoyak pula.....:) so jangan tamak bila membuatnya, buat ikut permintaan sahaja untuk mengelakkan dari pembaziran.
Telah beberapa kali aku mencuba resipi ini, hasilnya memang superb (tumb-up) dan menjadi kesukaan suami juga anak-anak di rumah.  Sehingga ada juga jiran dan teman yang meminta resipi setelah aku beri sedikit untuk rasa.  Maka kerana ini aku kongsikan resipi yang aku goggle dari internet, mudah-mudahan bertambah pahala aku dengan perkongsian ini.....InsaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan