Ahad, Januari 27, 2013

Kak Yati.....

Kak Yati merupakan isteri kepada teman sekerja suami ku, sungguhpun hanya teman sekerja suami tetapi hubungan kami agak akrab.  Undangan untuk ke majlis walimatul urus Puteri beliau tidak dapat kami tolak.  Sebolehnya kami merancang untuk menghadirkan diri, apabila Kak Yati bersama anak-anaknya hadir sendiri ke kediaman kami.  Mereka yang kini telah pulang ke kampung di Setiawan setelah bersara hadir hanya untuk menyampaikan undangan majlis anakda Siti Aminah.  Disamping menyampaikan berita gembira, sebenarnya tersirat kabar yang sungguh memilukan dimana suami beliau telah pulang ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu.  Innalillahi wainaillahi rojiin..... semuga roh Arwah Fakhurazi ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh....InsaAllah..... arwahyarham merupakan seorang insan yang sungguh taat dan baik kepada ugama, suami dan ayah yang hebat pada pandangan hamba.... insaAllah...
Setibanya kami diperkarangan rumah yang sudah dipenuhi dengan khemah putih dan pink yang dihias indah agak awal..... dimana pengantin masih berada di Masjid sempena upacara akad nikah.  Kak Yati turut berada di masjid meraikan majlis yang sungguh bermakna buat Puteri yang bakal bergelar Isteri......:)  Kami menanti di halaman bersama beberapa tetamu yang kebanyakan hadir dari Banting, ramai kenalan dari daerah kami yang meraikan majlis beliau, nyata mereka dikenali dan disenangi oleh teman-teman di Banting...Alhamdulillah.....
Kak Yati kelihatan ceria, maklumlah menerima menantu..... aku gembira bertemunya.... sungguh gembira..... :)  namun di sudut hati Kak Yati masih tersimpan rasa sedih dan sayu akan pemergian arwah..... sememangnya setiap kali bertemu kami berpelukan dan dalam pelukan Kak Yati menyatakan perasaannya.... sayunya hati bila mendengar akan suaranya itu.... aku faham perasaan dan kesedihannya..... namun itulah takdir yang sudah ditentukan untuk beliau, Allah akan menguji hamba-hamba yang dikasihi dan terpilih yang mampu dengan ujiannya, sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Seperti yang sudah dijanjikan Allah hanya meminjamkan kita seketika di dunia ini, bila tiba waktunya akan pulanglah kita kepada pencipta yang Maha Esa.  Kami berpelukan agak lama.... dia menciumi pipi ku kanan dan kiri.... seolah-olah dia melahirkan kerinduannya kepada ku..... aku kalah dengan perasaan.... airmata ku jatuh tanpa dapat aku seka...... laju.... walau aku cuba untuk menahan namun aku gagal !!! dalam dakapan itu aku meminta dia bersabar, dan redha dengan ketentuan Illahi..... aku mohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat hadir di hari pemergian Arwah.... :(  Beliau memahami keadaan kami yang agak jauh dan tugas yang dan tanggungjawab lebih-lebih lagi hari kerja dan sekolah. 
Alhamdulillah..... selepas pasangan pengantin tiba di rumah, majlis tahlil khas untuk arwah di adakan, ramai tetamu bersama-sama membacakan doa untuk arwah.  Aku difahamkan bahawa pusara arwah hanya bersebelahan dengan rumah Kak Yati iaitu di seberang jalan dan terletak hanya beberapa meter dari pintu rumah...... alangkah bertuahnya arwah.... pusara berhampiran dengan rumah yang didiami oleh isteri dan anak-anak yang soleh dan soleha yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya di alam barzah.... Kak Yati merupakan isteri yang taat dan amanah.... aku kenali akan kebaikan dan keperihatinan beliau terhadap suami dan rumahtangganya..... semuga Kak Yati akan tabah melalui hari-hari mendatang sebagai seorang balu dengan tabah...... InsaAllah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan