Isnin, Januari 21, 2013

Mencuba Pavlova....

Cukup dengan melihat gambarnya, perasaan teringin begitu kuat sekali......  demi itu aku usahakan untuk mencari resipinya di youtube.  Dan dari pencarian aku memilih resipi yang mudah diikuti dan keinginan ku tercapai jua.............:)  Menurut ceritanya Pavlova adalah sempena nama seorang penari ballet yang bernama Anna Pavlova yang berasal dari Russia.  Beliau merupakan penari terkenal dan banyak menghabiskan masanya dengan melakukan persembahan tarian balletnya ke merata dunia, Anna yang amat menggemari  'Dessert' atau manisan pencuci mulat tidak pasti dari mana asal makanan kegemarannya ini samada dari Australia atau New Zealand.  Oleh kerana amat menggemarinya dia pun memberikan namanya 'Pavlova' kepada makanan kesukaannya menarik bukan?
Pavlova merupakan manisan pencuci mulut yang lazat and berkhasiat kerana penggunaan buah2an segar yang banyak dan mengandungi serat dan vitamin yang tinggi sesuai digunakan untuk resipi ini.  Kiwi memang buah kegemaran ku, kerana kandungan vitamin C yang tinggi baik untuk kesihatan.... mujur saja harganya mahal..... kalau murah 2 biji sehari pasti menjadi hidangan setiap pagi ku.....
Resipinya memang mudah, tidak banyak bahan yang diperlukan untuk membuat Pavlova..... apa yang penting oven yang digunakan untuk membakar haruslah oven yang mempunyai api/haba atas dan bawah juga kipas supaya Pavlova dapat dibakar rata dan garing.
Bahan2nya:
4 biji putih telur di pukul hingga kembang dan bertanduk (meringue)
3/4 cawan gula halus  masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunana putih telur dan 1 sudu teh cream of tartar, kemudian masukan 2 sudu tepung kastad dan kaupbalik hingga rata.  Kemudian masukkan 1 sudu teh cuka dan 1 sudu teh essen vanilla.
Sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar dan bentukkan adunan mengikut citarasa anda.
Bakar selama 50-60 minit dengan api yang perlahan.... apabila sudah masak, padamkan api oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan Pavlova di dalam ketuhar sehingga sejuk.  Bila sudah sejuk bolehlah disimpan di bekas kedap udara dan sediakan 'fresh cream' untuk sapuan di atasnya. (Ingatan: Pavlova merupakan kepingan yang garing di luar dan lembut seperti mashmellow di dalamnya.  Andainya kepingan ini retak atau pecah ia adalah perkara biasa..... jangan panik, kerana anda berjaya...!)
Fresh Cream:
200gm whipping cream/heavy cream dipukul hingga kembang
Buah2an campuran segar mengikut citarasa (Kiwi/Strawberry/anggur hijau atau merah) dipotong kecil atau memanjang.
Sapukan Fresh cream di atas Pavlova dan susunkan buah2an segar, anda juga boleh menambah enak dengan menitiskan chocolate cair di atas buah2an segar ini sebelum menghidangkan untuk dinikmati bersama keluarga..... Selamat mencuba........ (untuk makluman, setiap resipi yang kita cuba, kita boleh menambah atau mengurangkan mengikut kesesuai dan citarasa diri kita sendiri...... kita boleh mengikutinya 100% atau mengolahnya juga..... kita tidak perlu merasa takut untuk menjadikan ianya resipi kita, kerana faktor persekitaran/suhu persekitaran kita memainkan peranan didalam pengaruh masakan kita)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan