Isnin, Februari 21, 2011

Pulang lewat...

Anak-anak yang sentiasa dalam pengawasan dan jagaan Mama, ketika kecilnya tidak lekang dari pegangan dan pandangan, Saat ini sangat indah buah seorang ibu..... namun adakah anakanak sudah lupa akan saat-saat ini?
Pertama kali anak gadis ku minta izin ke Fun Fair bersama teman-teman teakwandonya pada 4.2.2011 iaitu minggu cuti perayaan tahun baru cina. Hani dihantar ke rumah Sir Ari dan berkumpul disana, bersama-samanya, Nantini, Safuan, Navin dan beberapa orang lagi. Janjinya pada ku akan pulang pada 10.30 malam, namun sudah hampir jam 11.00 malam bayangnya masih tidak kelihatan. Aku mula gelisah begitu juga Amin, aku hubunginya dan dia memaklumkan mereka masih berada di Fun Fair dan 'token' yang dibeli masih banyak. "Kakak nak tunggu Fun Fair tu tutup ker baru nak balik...?" nada suara ku sudah pun tinggi ketika itu, bila aku dimaklumkan bahawa dia masih lagi berada disana. Sebenarnya aku sememangnya tidak senang dengan rancangannya untuk ke sana, membazir masa dan duit bagi ku. Namun atas permintaan Nantini yang memohon izin dari ku dengan cara yang baik, jadi aku cuba untuk tidak menghampakan. Terfikir juga dibenak ku, bahawa mungkin dia ingin merasa untuk ke Fun Fair, kerana aku sememangnya tidak pernah membawa anak-anak ku kesana. Oklah bagilah dia pengalaman merasainya tapi dengan syarat. Itulah pada mulanya yang aku fikirkan. Namun bila jam sudah pun melepasi angka 11.00 malam dan dia masih belum di rumah, kami sudah tidak senang duduk, maklum dia anak perempuan dan masih bersekolah. Tidak lama kemudian Nantini menghubungi aku memaklumkan bahawa akan menghantar Hani pulang dengan segera. Aku kira Nantini tau nada suara ku yang tidak mesra, lantas Sir Ari pula yang menalipon ku memaklumkan bahawa sebab-sebab mengapa mereka lewat, dan meminta supaya aku tidak memarahi Hani bila dia pulang nanti. "She have to answer me later.... u dont worry..." kata ku pada Sir Ari. Aku kira dia juga terkejut dengan kata-kata ku yang tidak boleh berkompromi dengan alasan yang diberi. Aku telah pun memaklumkan bahawa as a school girl you are not surppose to go out at night without parents. Moreover for a girl, that is totally not appropriate. Aku menantinya di muka pintu dan tepat jam 11.30 malam bapa Safuan bersama Safuan tiba di pintu pagar. Melihat keretanya aku lantas bangun dan mengangkat tangan ku tanda terima kasih atas kesudiannya yang telah menghantar gadis ku pulang. Dari apa yang dimaklumkan oleh Nantini tadi Ayah Safuan turut sama bersama-sama dengan mereka di Fun Fair tadi. Walau begitu aku masih tidak gembira dengan alasan dan kenyataan mereka, yang jelas Hani harus berada dirumah pada waktu yang telah ditetapkan dan dia harus patuh dengan syarat yang telah diberikan. Itu merupakan satu tanggungjawab dan amanat dari aku.

Sekali lagi Nantini memohon izin untuk mengajak Hani ke McDonald bersempena ulang tahunnya yang ke 18. Jam 8.30malam meminta aku menghantar Hani kesana, disana Safuan, Megat, dan Nantini sudah pun menunggu. Janji pada ku dia akan dihantar pulang oleh Sir (coach teakwando), so "Mama tak payah ambik kakak" katanya. Jam 11.00 malam dia masih lagi belum pulang, aku menaliponnya dan dia memaklumkan bahawa sir sedang menonton bola dan akan menghantarnya pulang selesai tayangan perlawanan bola. Aku memaklumkan perkara ini kepada Amin..... and at the same time Amin seem like not happy with the news..... aku meminta agar dia menunggu Hani sehingga pulang. Awal pagi sebelum dia ke sekolah aku bertanya padanya "pukul berapa kakak balik malam tadi...? jawabnya "Kakak balik pukul 12.00 malam" jawapan jujur darinya, besar mata ku ketika itu... "this will be your last time kakak.... kakak tau tak tahun ni kakak SPM? dia orang tu lain dah habis periksa and the the next day is school day, macammana kakak boleh ikut cara budak-budak tu....? they are now enjoy baru habis exam..... u know that? sepontan mulut ku berkata, rasanya memang tidak boleh nak ditahan lagi kemarahan aku pada Hani. Memang semula jadi dengan anak-anak bila ada kesilapan yang dibuat aku senang betul keluar suara....

Sekali lagi malam tadi Nantini call merancang untuk ke McDonald lagi, kali ini Sir Alvin pulak nak belanja mereka makan. Terus terang aku nyatakan padanya, "Kakak.... jangan tanya Mama dan Papa izin untuk keluar lagi, sebab jawapannya adalah 'TIDAK" cukup 2 kali kakak keluar malam dan balik lewat! Biar siapa pun yang akan call mama minta izin untuk ajak kakak keluar, jawapannya tetap sama.... NO MORE! aku mula berkhutbah... bla.. bla.. bla... entahlah dia dengar atau tidak yang jelas aku menjelaskan duduk perkara mengapa dan kenapa dia tidak boleh lagi mendapat izin dari kami untuk keluar malam biar dengan siapa juga. Dua kali peluang yang aku beri namun telah disalah gunakan, jadi cukup bagi kami memberikan dia kelonggaran itu. Segalanya demi untuk kebaikannya juga. Aku cuba untuk memberikan dia sedikit kebebasan namun dia masih tetap didalam kawalan dan setiap gerak dan gerinya tetap menjadi perhatian. Siapa, apa, dimana dan untuk apa.... segala perlu diambil kira. Aku mungkin telah membuat kesilapan memberikan dia kebebasan atau aku mungkin juga salah kerana tidak memberikan dia kebebasan itu, namun segala ini adalah pelajaran-pelajaran yang harus kami pelajari dan baiki demi untuk kebaikan anak ku. Bak kata orang tua, tarik talinya bila dia kendur dan lepaskan tali tu sikit-sikit bila ia tegang.... masaalah remaja adalah masaalah yang bermula dari ibubapa dan rumah, itu pendapat ku, mereka perlukan bimbingan dan pengawasan yang berterusan, teguran dan nasihat perlu demi kebaikan dan menjadikan mereka ini insan yang wawasan dan berjaya, mereka mungkin merasa diri mereka betul dan ingin menikmati segala yang mungkin untuk dinikmati ketika remaja, namun segala ini ada batasan dan norma-norma yang harus dipatuhi. Aku akui tidak bertudung labuh, namun sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan perkara yang tidak wajar berlaku terhadap anak-anak ku. Bila melihat gelagat yang tidak disenangi aku juga rajin menegur tidak kira anak siapa, mungkin ada yang tidak menyenangi bila ditegur sedemikian, namun ianya hanyalah sekadar menjalankan tanggungjawab ku sabagai hamba Allah yang suka melihat kebaikan dari keburukan khususnya insan yang setaraf anak-anak ku. Begitu juga aku berharap agar ada yang sudi menegur kesilapan sekiranya kedapatan pada anak-anak ku yang tidak aku sedari. Biarlah semoden mana zaman kini, namun harus diingatkan segala tingkahlaku seseorang itu haruslah mengikut lunas-lunas agama, bangsa dan budaya demi untuk kebaikan dan kesejahteraan. Kalaupun tidak mendapat kawalan dan teguran, remaja seharusnya boleh memikirkan perkara yang baik dan buruk ini, namun seramai manakah remaja yang boleh berfikiran sedemikian? Adakah lebih moden zaman ini, maka segala pertimbangan dan garispanduan agama dan budaya diketepikan? dan remaja sudah tidak lagi tahu untuk berfikir tentang kewajaran dan batas-batas pergaulan itu sendiri walaupun mereka tahu dan maklum tentang hukum dan hakam agama. Kepada remaja yang punya pendirian dan jati diri berlandaskan agama, bangsa dan budaya..... syabas, I know there are good and discpline teenage out there and your parents are lucky to have such kid like u....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan