Ahad, Februari 06, 2011

BBQ dengan kawah....

Bersama Yati....

Kawah yang digunakan sebagai tempat pembakaran

Peha kambing seberat 4.2kg dengan harga RM22.oo/kg

Malam tadi (Ahad) kami adakan BBQ dirumah. Sebenarnya menepati janji kami pada Shafiq dan agenda kami sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Ianya merupakan acara tertutup untuk kami anak-beranak sahaja, memandangkan harga barang-barang sempena CNY ni memang mahal dan barang basah pula sukar untuk didapati, maka ianya hanyalah BBQ yang serba sederhana. Sepeha kaki kambing, kerang, kepak ayam, sausage, nasi goreng cina, potato salad, kentang bakar, ubi bakar dan black papper sauce menjadi hidangan kami malam itu. Dipertengahan makan kami dapati makanan masih banyak dan dengan yang demikian Shafiq menghubungi teman sekolahnya Yan dan Hani pula menghubungi Angah Yati supaya menyertai kami malam itu. Dengan kehadiran Yan dan keluarganya, Angah Yati sekeluarga bersama Awa Hasan dan Awa Normah memeriahkan lagi majlis BBQ kami. Walau begitu makanan masih berbaki..... bayangkan, masing-masing sudah sendat perut tapi masih bersisa lagi.

Apa yang menarik, tempat pembakaran kami dengan menggunakan 'Kawah' sebagai tempat membakar. Mulanya kami susunkan batu bata, kemudian kami ratakan dengan pasir dan kemudian kami letakkan jaringan dawai. Kami hanya bermodalkan dawai RM9.00 untuk membuat tempat pembakaran.... kreatif, jimat belanja dan mesra alamkan? Kepada yang akan berBBQ bolehlah gunakan bahan-bahan yang ada disekitar kita untuk menjimatkan belanja sambil berseronok bersama keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan