Sabtu, Februari 05, 2011

Orang berbudi kita berbahasa...

Pepatah 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa....' dalam maksud dan maknanya. Aku tertarik dengan pepatah ini, memandangkan kebanyakkan kita yang kurang arif dalam menilai erti budi itu sendiri. Bila terpandang pepatah ini teringat aku pada seorang teman ku dahulu 'Sarimah' namanya asal orang Melaka. Ketika zaman bujang ku, aku sering mengikutnya pulang ke kampungnya di Lendu, Melaka. Kedua orang tuanya dan keluarganya sangat baik dengan ku. Mereka turut ketika majlis perkahwinan ku di Banting. Oleh kerana aku sering berulang mengikut Sarimah ke kampung, aku dianggap seperti anak angkat mereka. Seronok berada di Lendu, rumah mereka dikelilingi pokok buah-buahan, tanahnya pulak berbukit, jarak diantara rumah ke rumah agak berjauhan juga. Suasananya memang sunyi, sekitar rumah redup dek pokok-pokok yang banyak disekeliling. Walaupun berkerja di Petaling Jaya, Sarimah pasti pulang disetiap hujung minggu. Tujuannya hanya untuk menguruskan rumahnya sementara kedua orang tuanya sibuk berkedai. Ia sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Sarimah untuk pulang ke kampung hampir setiap minggu. Oleh kerana sering mengikut Sarimah aku dianggap sebagai anak angkat keluarga Pak Sarif. Sebagai gadis waktu itu aku memang telah biasa dan dilatih oleh orang tua ku untuk membuat dan mengurus kerja-kerja rumah. Jadi apa juga kerja yang Sarimah lakukan aku ikut membantunya, ini menjadikan tugasnya lebih mudah dan segera langsai. Walaupun Sarimah sering melarang aku dari melakukan apa yang dia lakukan namun aku merasa janggal bila melihat teman ku melakukannya segala kerja-kerja tersebut dimana aku hanya memandang, janggal sungguh bagi aku. Aku lebih selesa turut sama memberikan bantuan yang termampu. Walau aku dilayan seperti tetamu tiap kali berkunjung ke rumah mereka, namun aku kurang selesa dengan layanan yang begitu, aku lebih senang kiranya aku dapat membantu teman ku dengan -kerja routinenya. Aku kira kerana itu jugalah aku amat disenangi oleh kedua orang tuanya juga keluarganya. Pakcik Sarif dan Makcik Embok rajin bersembang, banyak cerita yang diceritakan bila kami berjumpa, mereka ramah... teringat aku kadang kala Pakcik Sarif bila bercerita disulam dengan pantun dan pepatah.... Inilah salah satu pepatah yang menjadi ingatan ku kepada mereka..... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan