Rabu, Februari 23, 2011

Rindu Mama.....


Shafiq ketika diusia 12 tahun ketika majlis khatam Al-Quran......

20.02.2011 belum pun selesai majlis persandingan Lia, aku terpaksa pulang kerumah memandangkan ramai sanak saudara sebelah Amin yang berhajat untuk singgah dirumah. Ada pulak yang berhajat untuk melawat kilang kerepek di Sg Kelambu. Memandangkan perut Amin meragam sejak balik dari rumah Kak Ani, aku terpaksa menemani mereka kesana, selepas menghantar Dania dan Hani ke kelas teakwando. Tak tau kenapa hati ku begitu kuat untuk pergi melawat Shafiq, walaupun lelah dan serasa agak lewat aku kuat untuk menziarahnya juga, mujur lauk dan nasi dari rumah nenek odah tidak berusik telah aku panaskan, aku tahu dia memang suka makan nasi kenduri. Cake dari rumah Kak Ani, Telur cukur jambul Aleesya, Jelly aku buat untuk rumah Kak Ani dan bauhulu dari kenduri rumah Bashir semalam pun aku bawakan. Yang pasti apa juga yang dibawa pasti akan habis dimakan. Dirumah Kak Ani tadi, Ai ada menyuruh aku membawa pulang lauk tapi aku menolak memandangkan tetamu masih ramai dan rasa macam tak seronok pula, orang lain tidak berbekal aku pulak yang sendiri berbekal. Jadi aku katakan pada Ai, "tak usah susah-susah kalau sempat nanti malam bibik datang lagi". Kerepek yang dipesankan aku masukkan dalam kereta. Begitu juga dengan kemeja yang baru ditempah khas untuknya juga sudah siap aku bawa bersama.
Aku singgah di Center untuk mengambil Dania dan Hani, kami 3 beranak saja yang pergi... sedang Amin tinggal di rumah kerana perutnya yang masih meragam. Sampai di Sg. Besi sudah agak lewat 6.15ptg. Mulut aku tak habis kumat-kamit membawa apa yang terlintas, sambil berdoa semuga kami dapat melepasi masuk ke UPNM. Seperti biasa soalan-soalan di beri. Pass masuk aku suruh Hani yang isi dan berikan alasan ke UPNM untuk melihat perlawanan rugby. Berjaya masuk.... Alahamdulillah.... sampai di guard post UPNM pulak..... soalan yang sama diajukan, jawapan yang sama aku berikan.... "Saya nak tengok anak main rugby..." surat kebenaran diambil dan aku diberikan masuk..... seronoknya.... :) ucapan terima kasih dengan senyum kepada pegawai bertugas dan lantas memandu dengan yakin ke padang. Sampai di padang masaalah lagi ! Ok yang mana pulak si abang ni? dah ramai-ramai ni macam mana nak camkan budak ini.... "Mama, abang pakai boot warna pink !" kata Hani... "Adik pegi turun kat padang pelan-pelan cari abang dan bagi tau abang, mama ada kat sini" pinta ku pada Dania. Banyaklah pulak alasan Dania malula... takutla.... tak biasala.... hish3x Dania ni pandai la pulak.... Masa yang berjalan tak mungkin menuggu lagi, aku pun tekat untuk turun ke padang mencarinya sendiri. Well.... memang sah abang dengan boot pinknya "abanggg....." sepontan Shafiq menoleh dan dia nampak terkaget ! mungkin dia tidak menyangka bahawa aku akan menemuinya hari itu. Dia merapati ku bersalamam, aku menciumnya seperti biasa dan dia memaklumkan permainan akan tamat tidak lama lagi dan akan datang kepada kami bila tamat perlawanan.

Selesai perlawanan dia berlari mendapatkan kami, sekali lagi dia bersalaman dan bertanyakan Papanya. Aku jelaskan keadaan Papa dan sampaikan salam Papa padanya. Tak lama kami berjumpa hanya untuk melepaskan rindu ku..... melihat keadaannya dan memastikan apa yang aku bawa sampai kepadanya. Aku tahu anakku sedang kekeringan, seperti biasa wang saku aku tinggalkan untuk kegunaannya sehingga cukup bulan. Sepontan dia menolak, tapi aku tahu keadaannya dan meminta dia mengambil. Mungkin dia malu pada kawan yang ada bersamanya.... Baju yang ditempah oleh Papa juga telah ku sampaikan, aku kira dia seronok mendapat kemeja baru Tee Tailor yang berharga RM200.00 dari Papa. Kami pulang dengan hati yang riang walaupun hanya sebentar. Namun dihatiku merasa puas dapat melihat dan menyampaikan apa yang diperlukan..... cuma Dania yang berkata "Mama.... kali ni kita jumpa abang sekejap sangatkan..? macam tak puas aje...." kesian dia ni, dia selalu sangat perasan hal-hal begini, aku pasti dia masih rindu abang, walaupun si abang selalu menyakatnya, namun dihati kecilnya kasih sayangnya pada abang langsung tidak berbelah bagi.... inilah keistimewaan Dania. Sesungguhnya minggu yang cukup padat bagi ku.... namun segala yang aku laksanakan memberikan kepuasan. Semuga keringatku dan pengorbanan ku diberkati Allah..... melepasi pintu UPNM aku bersyukur kerana perjalanan ku selamat....... Alhamdulillah...... :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan