Rabu, Februari 16, 2011

Hati ibu...


Sejak kebelangan ini aku melihat banyak perubahan terhadap anak-anak. Semakin lama semakin membimbangkan, pelajaran, pergaulan dan budibahasanya menjadi tarikan utama aku sebagai ibu. Dari kecil hingga kini, setiap gerak dan laku tidak dapat dipertikaikan terdapat perubahan yang ketara. Mungkin zaman berubah, dulu lain sekarang lain. Tapi walau zaman apa pun kita berada, budibahasa dan adap sopan harus ada pada diri seseorang. Bak kata pepatah dari bahasa menilai bangsa. Tidak menyalahkan sesiapa tapi bila kita meningkat dewasa sepatutnya sudah tahu menilai baik dan buruk setiap tingkah laku dan tatacara berbahasa dan tingkahlaku, adakah wajar atau tidak dan adakah ianya keterlaluan. Kita mungkin membuat sedikit kesilapan demi kesilapan dalam tempoh pematangan, namun teguran yang membina itu jangan disalah anggap sebagai marah juga benci seorang ibu. Seandainya tiada teguran dari ibu bermakna ibu itu tidak perihatin terhadap anak-anaknya sendiri, atau ibu itu tidak mahu si anak belajar dari kesilapan seumpama si ibu membiarkan si anak terus hidup dalam kekilafan. Teguran ibu itu adalah lebih baik dari teguran insan lain yang tidak bersangkutan atau tiada pertalian darah dengan kita sesungguhnya.

Pernahkah anak merasa kesah ibu, pabila pulang lewat malam? atau pernahkah si anak tahu hati ibu yang kebimbangan bila si anak tiada didepan mata? Naluri ibu merasakan segalanya.... hanya mungkin tidak mahu terlalu memikirkan keadaan, disetiap sujud si ibu memohon pada yang Esa supaya dilindungi anak-anaknya dari segala perkara yang tidak diingini dan diberkati setiap perjalanan si anak dengan kejayaan yang cemerlang dan kesejahteraan. Namun berapa ramaikah anak yang tahu akan doa ibunya ini...?

Demi kemudahan anak si ibu sanggup mengenepikan nalurinya sendiri untuk memilik apa yang dihajati, demi melihat keperluan si anak yang berkehendakan sesuatu untuk persekolahan. Namun pernahkah anak terfikir segala pengorbanan ini? Tahukah anak betapa gembira hati ibu pabila melihat keperluan sekolah dan harian anak cukup dan dapat dipenuhi, tiada balasan yang diharapkan kerana bagi ibu itulah tanggungjawabnya. Gembira pabila tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan baik walaupun ianya menuntut pengorbanan keinginan hatinya.... ibu merasa sebuah kepuasan yang tidak terhingga, bangga kerana tanggungjawab tertunai, gembira kerana amanat Allah padanya tidak dipersia-siakan. Lebih membahagiakan ibu bilamana si anak tahu dan mahu menghargai setiap pengorbanan yang diberi dengan ucapan "Terima kasih mama...." juga sangatlah riang hatinya dengan sedikit budi bahasa si anak pabila dengan rela hati meringankan tulang tanpa disuruh menyapu rumah atau menyidaikan kain..... kembang hatinya ibu melihat anak menghargainya, bukan ringgit yang diharap aduhai anak, cukuplah sekadar rasa timbangrasa yang lahir dari hati sebagaiman iklasnya hati ibu memberi segala keperluan anak, susahkah itu wahai anak ? Tegakah anak membiarkan ibu sibuk didapur tanpa dibantu menyediakan hidangan untuk keluarga, sedang anak berihat diruang tamu melayan teman di maya, sambil berbaringan atau sememangnya si anak suka melihat si ibu sentiasa sibuk dengan segala tugasan di rumah yang tiada habisnya seawal terbit matahari sehingga malam merangkak tiba sehingga tiada istirehat untuk dirinya.... WaAllahhualam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan