Ahad, Jun 06, 2010

Acute Gastroritis

Khamis (3.6.2010) selera pagi tu memang sedap, sarapan se biji bun kelapa di rumah untuk aku makan ubat seperti biasa routine ku, bila sampai dipejabat aku makan putu mayam (beli di pasar Banting) dengan kari ayam (dari Restaurant Letchumy dekat office) punya la pedas. Lunch Ija belikan pulak mee kari dari Makcik depan Ambank di Bandar Puteri. Tapi kerana jumlahnya yang agak banyak aku tak boleh habis, akhirnya hampir setengah tu terpaksa aku buang sebab dah bercampur dengan kuah, nak disimpan pun siapa yang akan makan, dan untuk dibawa balik mee pun dah kembang. Malam ini malam Jumaat, jadi sedari dalam perjalanan balik untuk mengambil Dania dari Sekolah Ugama dah ada niat untuk mengemas rumah petang dan siap semua kerja rumah sebelum malam, yang mana malam ni nanti aku nak baca Yasin macam biasa...... semuanya berjalan lancar sehingga selesai mencuci kain tiba-tiba perut rasa tak tentu arah..... tak selesa dan sakit datang dan pergi. Terfikir kalau minum 100 plus mungkin boleh mengurangkan serangan angin didalam perut. jadi, Amin belikan 100 plus malam tu, tak juga berkurang kemudian minta tolong dia lagi isikan air panas dalam botol untuk tuam perut pula.... dia sarankan supaya aku minum air suam banyak-banyak, sampai dah dekat 4 gelas..... tapi masih tetap tak berkurang. Sakit makin menjadi-jadi pergi toilet dah lebih 5 kali, last Hani bancuhkan ORS pula.... tak sampai berapa minit ORS masuk ke perut, rasa mual yang teramat. Mujur aku sempat berlari ke bilik air.... segala minuman dan makanan yang aku makan semua keluar macam air paip membuak-buak. Aku rasa badan ku lemah tak bermaya... untuk berjalan balik ke katil pun rasanya aku tak mampu. Sakit datang lagi rasanya macam terpintal usus-usus diperut..... Ya Allah punya la sakitnya..... aku mengerang bila tiap kali kesakitan datang menyerang..... ku sebut nama Allah..... sehingga di satu tahap Amin menyarankan supaya aku ke hospital atau ke klinik untuk rawatan doctor. Malam tu suami dan anak gadis ku tak senang hati melihat keadaan ku yang dalam kesakitan, mujur mereka ada untuk membantu ku, Jam 1.00 pagi Amin menghantar ku ke Poliklinik 24 Jam meninggalkan Hani dan Dania di rumah, aku mendapat rawatan Doktor segera dia minta aku ke pembaringan dan satu injeksen kena dipunggung kanan ku. Sampai di rumah aku makan ubat dan ke katil, terasa sedikit kelegaan walaupun kesakitan tidaklah datang sekerap sebelumnya. Doktor telah pun memberi aku cuti sakit 1 hari keesokkan hari...... sepanjang hari Jumaat aku dikatil aku keletihan menahan sakit yang datang dan pergi.... walaupun bubur dan air putih yang ku makan dan minum kesakitan itu masih datang dan pergi..... ianya berlanjutan selama 2 hari..... bagi yang pernah mengalami 'Gastric' mereka pasti tau betapa kesakitan yang pernah mereka lalui. Kalau diikutkan hati rasanya hendak saja aku ke doktor untuk satu lagi injeksen menahan sakit perut ini. Bila lega aku lihat resit pembayaran dan surat cuti yang diberi doktor..... Dianogsis : Acute Gastoritis tertulis di surat cuti sakit ku.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan