Rabu, Jun 16, 2010

Rindu terubat.....

Hadiah buat Papa......

Malam 13.6.2010 aku terima missed call n sms dari Shafiq.... seperti biasa dia mostly akan call or sms agak lewat malam... malam tu kami bermalam di Teluk Intan, tak tau kenapa mata tak boleh nak lelap... ada jer yang tak kena. Aku call dia balik no hp yang tertera. Panggilan diangkat oleh anak yang bernama Firdaus, dia kenal aku rupanya... mungkin kerana Shafiq dah maklumkan dulu. Alhamdulillah dengan jasa baiknya dapat juga Shafiq bercakap dengan kami dan memaklumkan akan perkembangannya di sana..... Aku bersyukur kerana dia dalam keadaan baik dan sihat, semuanya ok katanya.... Allah memperkenankan doa ku.... Alhamdulillah.... malam berikutnya juga Shafiq missed call dan aku call dia semula..... sempat juga memaklumkan dia beberapa perkara yang aku kira dia patut tau...... dia langsung "wish" Papa birthday.... nampak mata papa bergenang.... well..... anyway Papa inform Shafiq "Papa pakai baju yang abang beli tu.... selesa la... bang" kata Papa.... and Shafiq ketawa di talian sana.... hahahahahaha.... aku tau si anak seronok dengan kenyataan Papanya....... and Papa berbangga dengan hadiah sianak juga....

Maklum dengan keadaannya yang sibuk, kami taklah nak berbual panjang..... ribuan terima kasih kepada ketua platunnya, Firdaus yang sudi meminjamkan handphone kepada Shafiq. And to my son.... we missed you soo much..... will plan a good gathering once you back nanti.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan