Ahad, Jun 06, 2010

Contoh dan tauladan

Ketiga2 anak2 ku ketika sambutan Hari Jadi Dania ke 7.....

Dah hampir 1 bulan di tidur bersama ku.... keadaan kesihatannya agak kurang memuaskan sepanjang May. Dia sering deman, batuk dan selsema, jadi tak berani pulak untuk membiarkan dia sendirian di biliknya. Takut-takut panas badannya naik mendadak. Di bulan ini saja Dania telah ke Doktor sebanyak 3 kali.... sehingga pada satu tahap Amin menyarankan kami membawa dia berurut pulak. kebetulan Wak Din tukang urut tak boleh mengurut pada hari Sabtu dan kami bawa dia ke Tok Mas yang memang pandai juga membuat perubatan tradisional. Dania diurut perut dan kaki, di beri minum air ubat (jamu) dan dibekalkan minyak daun garuda, lada hitam dan bawang untuk kami sapu setiap malam. Alhamdulillah selang 2 hari demamnya berkurang dan ke sekolah seperti biasa. Rasanya bila dihitung 4 hari dia tidak ke sekolah kebangsaan dan 6 hari dia tidak kesekolah ugama. Keadaannya membimbangkan kami, dan aku hampir saja membawanya ke hospital, tapi Amin yang keras melarang. Makan dan minumnya aku jaga rapi, no outside food madicine on time and drink more warm water. Untuk beberapa hari dia hanya makan bubur ayam, sup dan soft diet, berat badannya turut hampir 3 kg. 31.5.2010 (Isnin) ujian pertamanya bermula untuk semesta 2 tapi dia demam dan tak baik lagi..... dia berkeras untuk kesekolah.... tapi aku lihat dia begitu lemah. Di bilik air dia menangis minta ke sekolah.... "adik boleh Mama.... adik tahan....." katanya. Sedih hati ku bila dia meminta untuk ke sekolah dengan keadaannya yang begitu. Sebenarnya hari Khamis dan Jumaat dia telah ku cutikan kerana badannya terus panas. Bayangkan 4 hari dia berkurung dirumah tidak kesekolah, tution dan teakwando 2 minggu dia ponteng, gara-gara demam. Atas permintaannya aku hantarkan juga dia kesekolah dengan tubuhnya yang lemah dia melangkah ke kelasnya. Aku hantar hingga ke pintu kelas dan berjumpa dengan guru kelasnya. Aku jelaskan keadaannya dan mohon supaya dapat mengawasi keadaan Dania dan memaklumkan bahawa Papanya akan menjemputnya sebaik sahaja kertas peperiksaannya habis untuk hari itu. Cikgu Sabiq memaklumkan bahawa ada seorang lagi murid yang demam seperti Dania hari itu, dan bersetuju untuk memberikan kerjasama sekiranya Dania perlu dibawa pulang. Hari pertama peperiksaan berjalan lancar, Dania balik jam 11 pagi, dia lemah dan giliran Papa menjaga Dania minggu lepas Mama yang jaga maka minggu ini giliran Papa pulak. Hari ke 2 Dania di sekolah hingga jam 1.00 tengahari dan sehingga hari ke 5 dia bertambah baik dan sihat. Alhamdulillah....

Bila melihatkan gelagatnya aku teringat waktu Abang seusianya...... dia saling tak tumpah seperti abangnya...... seronok kalau ke sekolah, sakit pun kalau boleh tak mau nak cuti....... kadang-kadang kita yang jadi serba salah. Di Sekolah nanti dia akan menyusahkan guru dan demamnya mungkin akan menjangkit kepada kawan-kawan yang sihat. Bila dia tau yang aku diinjek malam Jumaat tu.... dia agak bimbang dan mulalah dia mengawasi ku pula..... dia main di bilik dimana aku tidur.... dia tanya perut ku yang sakit...... terharu dengan perhatian anak-anak ku ini....... Kakak tidak kesekolah pada hari Jumaat kerana hari tu dia tak ada paper, so dia yang menyediakan hidangan tengahari untuk kami..... alhamdulillah biarpun hanya memasak nasi, ikan goreng dan sup sayur, hidangannya boleh dimakan dan aku rasa dia boleh diharapkan...... Kerana itu cuti sekolah yang akan datang Hani telah ku tugaskan untuk menjaga adik di rumah dan belajar menguruskan rumah, sebagaimana abang bila dirumah. Aku jadikan abang contoh dia menguruskan Dania, memasak, mengemas dan mencuci ketika dia bercuti. Walau kadang kalanya aku perlu mengingatkan apa yang perlu dibuat tapi apa yang di tugaskan dijalankan dengan baik..... itu yang menjadi kebanggaan dan Hani sepatutnya boleh melakukan yang lebih baik dari apa yang abang telah lakukan kerana Hani merupakan anak perempuan....... dalam soal ini aku tidak memilih.... kesemua mereka wajar melalui proses pembelajaran ini demi untuk masa depan dan kebaikan mereka dikemudian hari.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan