Khamis, Jun 24, 2010

Gadis berhati mulia...

Gadis yang berhati mulia, ramai teman2 anak ku yang telah aku temui... tapi aku kira dia istimewa dan penuh tanggungjawab.... (Sheera bersama Ibu dan adiknya)

Menziarah Sheera dan keluarganya di Bota, kami mesra dan seronok ketika berjumpa...

Dia teman anak ku, pertama berjumpanya pada Hari Raya 2009 ketika dia bertandang ke rumah. Dan kami juga pernah ke rumahnya di Sementa bersempena Hari Raya. Kali kedua kami berjumpa pada cuti sekolah yang lepas ketika kami pulang ke kampung, kami singgah melawat dia dan keluarganya di Bota. Kami senang bila berjumpa... rasanya seperti dah lama kenal. Emak dan Ayahnya juga santai dan mesra. Sejak tu bila ada kelapangan kami bersms. Dia mendapat tawaran ke UMS, Kota Kinabalu. Berita ini dikongsi bersama ku... dalam riang dia berduka kerana akan berjauhan dengan keluarga dan dia merasakan bebanan yang bakal ditanggung oleh kedua orang tuanya semasa ketiadaannya nanti. Selama menanti keputusan UPU dialah yang selama ini membantu kedua orang tuanya dengan kerja-kerja di kebun dan rumah. Bait demi bait aku baca ayat discrene handphone apa yang dirasainya. Disini aku mula menyelami perasaan anak gadis yang berhati mulia dan tahu betapa pengorbanan orang tuannya. Tanpa aku sedarinya airmata ku tumpah juga..... sayu rasanya. Aku mengerti perasaannya, dan aku juga mengerti perasaan Ibunya dikala ini, kerana aku juga seorang Ibu. Demi itu aku menasihatkan semuga dia meneruskan pengajiaannya dan yakin sehingga berjaya dan cuba untuk mendapatkan tajaan atau biasiswa penuh untuk memudahkan pengajiannya nanti aku tiupkan semangat juang dan yakin diri untuk dia terus maju. Aku tak mahu dia patah semangat kerana rasa kasihan dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh ibu bapa difikirkan dan menjadi faktor dia lemah untuk belajar. Aku sedaya upaya membantunya dan menasihatkannya supaya dia yakin dan selesa ketika di sana. Kerana itu aku mendapat bantuan Nor (adik sepupuku) dan Mimi (adik ipar Nor). Kedua-dua wanita inilah yang banyak memberikan kerjasama kepada aku tentang perjalanan dan keadaan di Kota Kinabalu. Aku jelaskan kepada Sheera dan Ibunya akan kedua-dua adik-adik ku ini yang baik hati budi mereka dan akan membantu anaknya nanti. Begitu juga kepada Nor yang pernah berjumpa dengan Sheera dan Mimi akan keadaan Sheera yang memerlukan seseorang ketika diperantauan. Walaupun zahirnya Sheera telah pun menjelaskan bahawa dia akan cuba untuk berdikari namun aku merasakan kenapa tidak mencuba untuk mendapatkan bantuan Mimi yang kebetulannya tinggal tidak jauh dari UMS. Dan Mimi sebenarnya dengan berbesar hati sedia dan iklas untuk menolong anak ini. InsaAllah..... rasanya semua akan berjalan dengan baik.... anak yang baik ini akan mendapat Makcik yang baik yang akan menunggunya dan membantunya bila perlu ketika di Sabah nanti. My special thanks to Mimi and Nor.... your cooperation and our teamworks makes our silatulrahim very close.... Iam proud to both of you.....:) Semuga apa yang dilakukan ini mendapat rahmat dari Allah..... Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan