Selasa, Jun 15, 2010

Program cuti sekolah

Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Pemandangan di Galeri Sultan Azlan Shah......
Batu tanda Muzium Arkelogi, Lenggong
Muzium Arkeologi yang mempunyai pemandangan yang menarik

Istana Kenangan, Kuala Kangsar (Main entrance)
Istana Kenangan, Kuala Kangsar...

Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Pemandangan menarik Masjid Ubudiah....

Cuti sekolah bermula pada 5.6.2010 hingga 20.6.2010 (2 minggu). Banyak jemputan kahwin yang kami terima. Selepas ke Kuala Kelawang minggu lepas minggu ini kami akan ke Lenggong pula. Memandangkan kami anak-beranak saja, maka senanglah untuk merancang perjalanan. Destinasi utama ke rumah pengantin di Perumahan Awam Gua Badak, Lenggong. Lenggong menyimpan banyak khazanah peninggalan purba dengan kawasan yang dikelilingi tanah tinggi dan terdapat beberapa buah gua disekitar daerah Lenggong itu sendiri (Gua Harimau, Gua Gunung Runtuh, Gua Puteri dan Gua Badak) Kami singgah ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di lokasi kawasan kedudukan menarik dan cantik. Pengunjung tidak ramai, mungkin kerana agak kurang publisiti dan kedudukannya yang agak jauh dari pusat bandar. Disana hampir 1 jam, kemudian kami bergerak ke Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar Bandar DiRaja yang cantik, paling menarik Masjid Ubudiah yang terkenal dengan keunikkannya, kami sempat bersolat zohor di masjid ini, ruang dalamnya sangat menarik dan sedikit kerja-kerja pembaikan sedang berjalan ketika kami kesana. Dan ketika kami sampai di Masjid Ubudiah hujan turun agak lebat. Kami ke Istana Iskandariah yang terletak di atas Bukit Chandan dan sempat mengambil beberapa gambar yang menarik disekitar kawasan luar istana. Tidak jauh dari Istana Iskandariah ialah Istana Kenangan yang sangat unik. Menarik tentang sejarah pembinaan Istana ini yang menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan kayu tepas dan beratapkan kayu papan. Tiada pengguna paku untuk istana ini dan istana dihias dengan ukiran yang melambangkan corak-corak tradisional dan corak anyaman dinding tepas yang berkelarai. Sunguh menarik, tapi agak malangnya kami tidak dapat masuk kerana kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Setelah berpuas hati di Istana Kenangan kami bergerak ke Galeri Sultan Azlan Shah, tiket RM4.00 untuk orang dewasa, murid sekolah menengah RM2.00 dan murid sekolah rendah RM1.00 dikenakan. Pengunjung tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam kawasan galeri dan agak istimewanya 'Keris Taming Sari' kini sedang dipamerkan di sana. Melihat sendiri keunikan dan keindahan seni halus keris tersebut dan keistimewaan keris yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan zaman diraja dahulu kala. Agak terkilan kerana kami hanya dapat bergambar dikawasan luar Galeri sahaja. Tapi masa yang panjang patut disediakan disana kerana banyak bilik-bilik pameran Sultan, Permaisuri dan keluarga yang dapat dilihat disana, bersama koleksi-koleksi menarik baginda (basikal tua dan kereta-kereta mewah) membuatkan kita merasa takjub dan leka melihat setiap koleksi yang dipamerkan. Lawatan singkat namun keseronokan akan dapat lebih kami rasai sekiranya Shafiq turut sekali..... Kami bercadangan merancang percutian yang lebih menarik bila Abang balik bercuti nanti.... InsaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan