Khamis, Jun 10, 2010

Automatic Blood Presure Monitor

Omron SEM-1

Akhirnya aku berjaya memilikinya...... Selepas mendapatkan rawatan susulan untuk bulan ini, aku bertemu Saras untuk mengambil BP Monitor yang ku pesan bulan lalu. My special thanks to my friend at Pusat Kesihatan Teluk Datuk. Nurse yang aku kenali sekian lama dan begitu baik memberi kerjasama sejak arwah Mak dan Bapa mendapat rawatan mereka disana. Tekanan darah ku yang mendadak naik sejak kebelakangan ini membuatkan aku bertekat untuk memiliki sendiri alat ini untuk memantau tekanan darah ketika perlu dan pengalaman Sara dalam bidang kesihatan membuatkan aku mendapatkan bantuannya untuk membeli BP Monitor ini berdasarkan beberapa faktor yang perlu.
Selain aku sendiri, adik sepupu ku, Suhaila yang mengalami tekanan darah rendah juga memilikan alat yang sama. Darinya aku mendapatkan sedikit maklumat tentang Monitor yang mudah diguna dengan harga yang berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan