Isnin, Jun 28, 2010

Tamat sudah sebuah episode...

Setelah 4 minggu kami tidak berjumpa, semalam University memberikan 'outing' kepada penuntut-penuntutnya. Peluang kami ambil untuk ke Sg. Besi, kami semua agak excited untuk berjumpa... kerana class teakwando Dania dibatalkan hari ini jadi kami dapatlah keluar rumah lebih awal. Baru nak masuk ke Cheras, Shafiq call dan tanya "Mama dah breakfast?" jawab ku "dah la... tapi light breakfast je kat rumah... kenapa?" tanya ku "Kasut kulit abang hilang and locker abang kotor giler Ma...." "Mama relek-relek dulu la sementara abang cari kasut abang ni" pintanya. Untuk memberikan dia masa mencari kasutnya yang hilang kami pun singgah di Pet Shop untuk beli makanan dan vitamin 'Putih' dan cari makanan ringan untuk dimakan sementara menunggu abang. Sampai di UPNM Papa agak terkejut bila abang bersama 3 orang rakannya minta ditumpangkan ke stesen LRT, mana taknya jadi sardin la kereta. Maka CRV jadi trak tentera bila 4 orang duduk di tempat duduk belakang, Dania dan Hani pula duduk kat boot belakang..... Hani merungut-rungut kecil bila abang minta adik-adiknya beri ruang kepada kawan-kawannya..... nak lepas MP pun malu kata Papa.... :) tapi kesian pulak budak-budak ni. Inilah satu perangai abang, dia tak kata tak pada kawan yang dalam masaalah. Seboleh-boleh akan dibantu, tapi itulah kami yang selalu jadi penyelamat dia. Menurut kawan-kawannya, hampir semua yang ke KDSI hilang kasut Cik...! kesian sungguh.... bayangkan ada seramai 24 penuntut asasi yang terlibat dengan KDSI ke Lumut, semuanya kehilangan kasut. Kemanalah agaknya kasut anak-anak ini? sebelum dia pergi semua barang-barang yang ditinggal disusun ditempat yang sepatutnya, bila balik semuanya terang tak tau lesap kemana? Ok no coment pasal tu.....
Tujuan kami adalah ke Sogo, but before that we had lunch at the Nasi Kandar Restaurant infront of Sogo untuk mengisi perut. Shafiq terpaksa membeli sepasang kasut baru dan minyak wangi, sebab minyak wangi Polonya juga habis kering diguna oleh hamba Allah ketika ketiadaannya. Well.... nak buat macam mana? tak ada rezeki la tu...... After Sogo we went to Jaya Jasco Cheras to get the toileteris and to develop his photo. Walaupun tak lama kami spend time together, namun ianya amat berharga dan terubat rindu kami..... Macam-macam cerita si abang, kami pun banyak bertanya tentang program KDSInya. Abang pun berceritalah apa yang telah dialami, termasuk kecederaan di lutut kanannya yang semakin menjadi tapi dia tidak mengendahkan akan kecederaan tu demi untuk mendapatkan apa yang dihajati. Segala suka dan duka pengalamannya di Lumut menjadi memori dan pelajaran buatnya. Bagaimana pun aku bersyukur kerana dia selamat dan berjaya menghadapi apa jua cabaran-cabaran disana. Kadang-kadang kesusahan itu lebih dikenang dari kesenangan. Walau apa pun berlalu sebuah episode untuk anak ku dalam menghadapi hari-harinya untuk bergelar seorang pegawai tentera, semuga dia akan berjaya didalam meneruskan amanat ini sehingga keakhir pengajiannya..... InsaAllah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan