Jumaat, Mac 12, 2010

Arthritis dan aku...

Isnin 8.3.2010, aku ke Doctor Ramesh untuk mendapatkan rawatan dan medical leave. Sebenarnya hampir semalaman aku tak lena tidur. Rasa sakit kaki dan tak selesa, yang pasti mungkin kerana penat seharian berkemas mengalihkan dan mengubah susun atur bilik anak-anak. Tapi yang jelasnya sejak beberapa minggu ini aku sering merasakan sengal dijari-jari tangan. Teringat arwah mak yang mengidap Artiritis, cuak pulak rasanya. So semasa dengan Dr. Ramesh aku mengatakan berkenaan keadaan yang aku alami sejak kebelakangan ini dan sekarang. Setelah melihat buku lawatan bulanan ke Pusat Kesihatan Kerajaan dan rekod yang tertera juga rekod CVD setiap 6 bulan sememangnya tiada masaalah kecuali agak terkejut dengan bacaan darah yang agak tinggi 150/90 setelah mengambil Covapril dan Vamlo 5. Kenapa agaknya? Teringat Dr. Herman mengatakan aku kronik darah tinggi.... macam tak percaya jer...perkataan 'kronik' tu! Tapi takpa la... aku sememangnya berazam untuk mengawal tekanan darah ni... dengan diet dan excercise. Menurut Dr. Ramesh sekiranya parents menghidap Arthritis maka peluang untuk waris-warisnya mendapatnya adalah cerah. Dengan senyum "you got an ideal BMI but wonder you got all this... its all the generation sickness...., so just dont think about it be happy and please do a blood test to confirm the Arthritis" Well what can I say... Iam the heritage. Teringat akan kepayahan yang dilalui oleh arwah.... Ya Allah dalam doa ku pohan semuga aku akan tabah menghadapinya sekiranya benar. Namun apa jua aku bersyukur kerana terpilih menghadapi dugaan ini. Masa terluang aku buat sedikit kajian dan bacaan berkenaan Arthritis di internet untuk membantu aku mengetahui lebih lanjut berkenaan penyakit ini supaya aku lebih bersedia. Sakit dan sengal disendi, menggigil sejuk (chill) dengan tiba-tiba, letih dan kurang bermaya (malaise and a feeling of tiredness) memang ku alami sejak sekian lama, cuma aku kurang mengambil berat tentang perkara-perkara ini. Aku bercadang untuk memaklumkan dengan Dr. Herman pada 25 March nanti semasa temujanji susulan bulanan. Anyway seperti yang dikatakan oleh Dr. Ramesh, laughter is a powerful medicine..... well I think that so... why not beside my daily doa to Allah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan