Isnin, Mac 15, 2010

Takjub dengan semangatnya......

Setiap 2 minggu kami pasti ke UPNM, menghantar apa yang perlu dan spend a time together. Macam dah jadi routine mingguan. Tapi sejak kebelakangan ni, memang terasa rasanya tak boleh kalau tak pergi menjenguk Abang. Ada perkara yang menjadi rahsia diantara kami sebenarnya, yang mana Papanya sendiri pun tak tau hanya aku, mamanya. Setiap perkembangan dirinya kalau boleh aku maklum. Permintaannya untuk to keep amongst us the secret aku pegang, kalau ada pun yang aku maklumkan pada Papa hanya apa yang sedang dihadapi dan cabaran-cabaran di U. Proses peralihan dari satu tahap ke satu tahap yang lebih mencabar dalam dunia ketenteraan dan kedewasaan. Untuk membuatkan Papa bersetuju untuk pergi menjenguk dia setiap hujung minggu adalah atas budibicara dan kebijaksanaan aku untuk dia bersetuju dan meluangkan masa. Sehinggakan acara-acara keluarga yang jatuh pada masa yang sama kami awalkan atau lewatkan demi kunjungan kami ke Sungai Besi. Rasanya mereka pun maklum anak-anak adalah agenda utama kami. Mungkin juga ada yang meluat kut....! siapa tahu? Tapi itu semua kami ketepikan yang penting keperluan anak-anak itu sendiri, dan kerana pengorbanan ini anak-anak berjaya dan mendapat perhatian kami yang sewajarnya. Apa nak kata, katalah....
Semalam, kami berjumpa lagi... meninggal majlis kenduri di Teluk Intan seawal 10.30pagi untuk sampai di Sungai Besi sebelum jam 2.00 petang. Bekalan lauk kenduri dari rumah Mak Nah menjadi buah tangan dan hidangan tengahari Abang dan kawan-kawan. Melihat akan dia dan kawan-kawan seperjuangnya, aku yakin dia dapat melalui saat-saat yang aku kira mencabar mental dan fizikalnya. Aku kagum dengan semangatnya yang tidak mudah goyah. Maklum dengan hari-hari yang dilalui sangat mencabar ketahanan jiwa raganya, namun berkat usaha dan kecekalannya dia mampu bertahan. Biarpun aku cemas dengan permintaannya dulu... tapi timbul perasaan yakin bahawa dia mampu menghadapinya dan keyakinan itu tidak sia-sia, dia sendiri bersungguh mengharung segala perit dan jerih. Tidak ada yang dapat ku bantu selain sokongan moral dan doa kesejahteraan dan kejayaan yang tidak pernah putus. Nasihat dan pesan ku supaya dia memberi sedikit masa untuk mengenali insan sekelilingnya dan memberi peluang insan lain menerima akan kehadirannya, hapuskan perasaan marah dan dendam sesama insan dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya serta teman-teman yang seangkatannya. Ingatan supaya mereka menjadi orang yang disegani dan dihormati kerana sikap yang berhemah dan budibahasa yang tinggi menjadi amalan bukan kerana sikap kesombangan dan ego, kerana ia hanya akan mengundang kehormatan tanpa keiklasan sebenar. Pernah juga timbul rasa bersalah dalam hati, kerana menyarankan dia untuk menceburi bidang ini.... ianya seperti satu penyesalan dalam diri. Tapi bila difikirkan kembali ianya adalah ketentuan jua dan dengan izinnya maka aku sedari bahawa inilah yang terbaik untuk masa depannya, dengan niat yang suci dan murni disamping berkhidmat kepada bangsa dan negaranya, seandainya tugas ini digalas dengan rasa penuh tanggungjawab Allah pasti akan memudahkan perjalanan hambanya..... InsaAllah.....
Walaupun pada zahirnya dia yang aku lihat jelas kematangannya, namun bagi aku dia adalah 'my baby' perubahan fizikalnya langsung tidak menggugat naluri aku untuk tidak memanjakan dia bersama adik-adiknya. Aku senang berbicara apa juga topik dengannya, malah aku rasa dimatanya aku melihat dia dengan jelas, biarpun ada terkadang yang dia rahsiakan namun pada akhirnya akan terhidu jua.... Aku bersyukur atas kurnia mu Ya Allah..... doa ku memiliki anak-anak yang baik soleh dan solehan, kau makbulkan...... Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan