Isnin, Mac 29, 2010

Good time together...

Shafiq having his Ice Kacang Alamanda...

Ice Kacang Special.....

Ice Kacang Alamanda.....


Selepas waktu pejabat aku terus menghala ke Sg. Besi untuk menjemput Abang yang dapat pulang bermalam. Papanya yang sepatutnya menjemput Abang tak larat memandangkan dia baru saja habis kerja 50 jam 'load test' dan pulak kena menghantar Hani ke Clinic Dr. Jenny untuk rawatan susulan contact lencenya. Sampai di UPNM jam 2.50ptg aku telah diberikan keizinan untuk terus memandu terus ke Padang dimana perlawanan sedang diadakan. Sekitar jam 4.30ptg baru kami keluar dari UPNM dan terus menuju ke Alamanda. Shafiq yang berhajat untuk bershopping di Alamanda dan menonton sebenarnya. Tapi permintaannya untuk menonton aku tolak memandangkan masa yang terhad dan kami berhajat untuk membuat sambutan ulang tahun Dania yang ke 8, sementara Abangnya pulang bercuti dan berada dirumah. Actually tarikh lahir Dania jatuh pada 1hb April nanti..... so untuk tahun ini sambutan ulang tahunnya diawalkan, rasanya dia pun tidak membantah atau merungut malah bertambah seronok nampaknya bilamana dimaklumkan yang abang Shafiq, abang Zamer dan abang Zuhir akan bersama pada malam sambutan ulang tahunnya. Dia yang kesekolah, kerana sekolah gantian untuk Hari Raya tak habis-habis menalipon kami untuk bertanyakan itu dan ini dan macam-macam lagi apabila dia sampai di rumah maklumlah seronok sangat...!!! Kami yang di Alamanda tak senang dibuatnya. Memandangkan kami tidak sempat untuk makan tengahari, maka aku yang sememangnya dah lenguh kaki was tempted bila ternampak Ice Kacang corner. The food court was packed with people enjoying their meal, tempat duduk pun terhad, siapa cepat dia dapat. Mujur ada meja kosong dan aku pun memesan Ice Kacang Alamanda untuk shafiq dan Ice Kacang Special untuk aku sendiri. There alot of variety of Ice Kacang and Ice Cream sampai tak tau la yang mana yang sedap unless we have to try......After the shopping and a bowl of Ice kacang we left Alamanda......

Sepanjang perjalanan dan waktu kami berkongsi banyak cerita yang kami rasa boleh dibicarakan. Banyak maklumat dan pengajaran yang aku perolehi dan begitu juga sebaliknya, soal hati, kehidupan, tanggungjawab, kewajipan dan takdir..... and and few things yang aku maklumkan kepadanya perkembangan semasa keluarga kami. Sekurang-kurangnya dia masih ada maklumat dan hubungan kekeluargaan itu tidak putus begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan