Jumaat, Julai 02, 2010

Hidangan tengahari (lunch)

Gulai lemak cili padi telur itek dan kentang...
Labu tumis dengan cili kering

Lemak pucuk ubi dengan labu (masakan orang kampung sangat sedap kalau ada ikan kering dan sambal belacan dimakan pula dengan nasi yang masih panas....)

Pening bila memikirkan menu untuk dimasak setiap hari. Mujur juga di peti sejuk ada telur itek yang aku beli di Bota belum bersentuh. Fikir-fikir kalau masak lemak cili padi telur itek pun bagus juga. Tapi kali ini aku tak letak suun, supaya dia lebih berkuah. Sebab kalau ada suun, kuah tu nanti akan meresap ke suun pulak. Labu yang aku beli minggu lepas pun masih banyak, masa aku masak lemak pucuk ubi dengan labu minggu lepas, lebih sedap kalau labu ditumis dengan cili kering, ala-ala indian style.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan