Jumaat, Julai 30, 2010

Kenduri arwah dan sambutan bulan Ramadhan

Hani ditugaskan babysit adik-adik (Atilah & Shadia)

hahahah.... memang lawak ni...

Sharifah, Norain, aku n Mak Uda...

My 2 aunties yang sporting...:)

Aku merancang untuk mengadakan majlis yang sederhana untuk tahun ini, memandang waktu balik bermalam Shafiq tidak menentu maka agak sukar untuk aku merancang sebarang majlis. Hendak dibuat tanpa dia di rumah, tak kesampaian rasanya. Tahun lepas dia cuma dapat bersama semasa hari kami masak-masak, tapi majlis malam kenduri dia dah pun balik ke Universiti. Teringat peristiwa it aku tak merancang untuk majlis seperti biasa. Kalau ada pun cuma majlis keluarga minum petang sambil bercadang untuk majlis mesyuarat Massupi untuk Jamuan Hari Raya 2010. Nak pendekkan cerita aku talipon Cik Odah untuk bertanyakan kabar dan untuk memaklumkan cadangan aku. Sebenarnya semenjak arwah mak dan bapa dah tak ada memang Cik Odah dan Paman Jai tempat aku berbincang tentang hal-hal keluarga. Kebetulan Cik Odah merancang untuk mengadakan majlis Yasin dan Tahlil sempana Ramadhan, dia pun terus saja pelawa aku untuk bersama dengan majlis mereka. Pucuk dicita ulam mendatang, kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan..... aku lantas berbincang dengan Amin dan bersetuju dengan cadangan Cik Odah. Majlis kami bersama majlis Cik Odah/Paman Jai di Batu Belah pada 24.07.2010 hari Sabtu kami bercadang untuk majlis mesyuarat Massupi dan Yasin/Tahlil selepas solat Isyak.

Majlis berjalan seperti dirancang, kami bermalam di rumah Cik Odah malam Sabtu dan teruslah aku bergelumang di dapur Cik Odah seawal solat subuh. Sambutan dari warga Massupi sangat menggalakkan, ramai yang hadir bersama kami bergotong royong. Tugas memasak berjalan lancar dan mudah, cuma kecoh bila kami sepupu-sepapat bertemu. Cik Odah dan Cik Wok memang sporting sama-sama aje kalau ada yang nak diusik. Selepas tamat mesyuarat aku dan Cik Wok ditugaskan untuk membuat ambeng.... 20 ambeng yang kami sediakan malam tu! termasuk untuk kami yang didapur.... malam tu kami semua makan dalam dulang, memang seronok dan menyelerakan lebih-lebih lagi bila makan berebut-rebut ni.

Habis majlis jam 11.00 malam kami bertolak ke Teluk Intan. Dalam kereta aku tertidur biarpun tidur-tidur ayam, letih betul rasanya, Amin memandu sendirian. Dia yang memahami keletihan aku membiarkan aku tidur sehingga sampai di Kampung jam 1.30pagi. Macam biasa rumah penuh dengan adik-beradik dan anak-anak buah Amin yang lebih awal sampai. Kami tak ada pilihan, menyelitlah kami di bilik yang sesak dengan beg pakaian. Tugas bermula lagi seawal 6.30 selepas solat subuh, memandangkan jemaah dari masjid akan sampai selepas solat zohor. Mujur mereka-mereka ini sudah pun menyediakan mana yang patut seawal malam lagi, jadi tidaklah tergesa-gesa. Majlis berjalan baik dengan tetamu dan jemaah yang ramai. Menu makan tengahari, Kari daging, ayam merah, ikan cuka, tumisan dan jelatah. Jam 4.00 petang selepas hidangan buah durian dari kebun Kak Nah, kami berangkat pulang. Sekali lagi aku, Dania dan Hani lelap dalam perjalanan. Amin yang juga kepenatan terpaksa berhenti di Tanjung Karang, kami solat Asar dan membasahkan tekak di Satay Hut. Hujung minggu yang penuh bermakna dengan ingatan untuk kesayangan ku yang telah menemuai penciptannya..... Semuga Allah mencucuri rahmah dan hidayahnya kepada mereka-mereka ini.... Alfatiha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan