Sabtu, Julai 31, 2010

Rasa kecewa

Dengan seronok dia memaklumkan bahawa dia bersama 2 orang lagi rakan sekelasnya akan mewakili sekolahnya dalam pertandingan mewarna sempena kampen keselamatan Jalan Raya daerah Kuala Langat. Kerana itu juga dia dikehendaki berada di sekolah pada jam 7.00 pagi. Macam biasa Papa kenalah menhantar Dania ke Sekolah seawal jam 7.00 pagi dimana murid-murid yang terlibat dikehendaki berkumpul. Sebenarnya aku berasa amat belas kerana tidak dapat menyaksikan dan bersamanya hari ini, tapi bila Papa berjanji akan pergi menjenguk Dania di tempat pertandingan (Excellent, Sri Cheeding) itu nanti. Tak lama aku tiba di Pejabat Bandar Puteri, Dania menalipon ku. Dari nada suaranya sudah dapat ku teka.... "Assalamulaikum...." aku menyambut panggilan dari handphone Amin. "Mama.... Mama balik bila?" tanyanya. Kerana aku sedang dikelilingi oleh ramai rakan-rakan pejabat yang sedang sibuk, maka aku tangguhkan dulu panggilannya dan aku nyatakan bahawa aku akan menghubunginya semula. Bila semuanya selesai aku hubungi dia semula..... "Mama.... adik tak dapat hadiah la Ma...." suaranya sedih dan berbau kecewa..... "Ok la tak apa.... bukan adik jer yang tak dapat hadiahkan? ramai yang tak dapat jugakan?" kata ku padanya. Sekurang-kurangnya dia maklum bahawa kegagalannya untuk memenangi pertandingan yang disertai itu bukan miliknya seorang. Ramai murid-murid lain juga yang tidak mendapat tempat, memandangkan pertandingan diperingkat Daerah ramai penyertaan dan saingan juga hebat-hebat belaka. Setelah dipujuk dia reda, tapi dia masih ingin berkongsi keseronokkan bahawa salah seorang murid dari sekolahnya berjaya memenangi hadiah yang berupa sebuah basikal berwarna pink! Aku kira pastinya basikal pink itu menarik hatinya, kerana nada suaran dia menyampaikan kepada ku berbaur bangga dan gembira. "Oooo yer ker...? hebat la tu...." jawab ku padanya. Setelah bercakap dengannya aku minta untuk bercakap dengan Papa, dari Papa aku mendapat maklumat tentang pertandingan dan program yang disertainya...... Dania memang aku kenal pasti anak yang sensitive.... baginya apa yang disertainya pasti mendapat pengiktirafan, sebenarnya pendedahan begini begitu berharga dan penting bagi proses pembesaran dan kematangannya. Dia harus boleh melalui dan menerima dengan terbuka kegagalan dan kekecewaan bukan hanya kejayaan dan kemenangan. Inilah pelajaran yang tidak dapat dibeli dengan ringgit tapi pengalaman yang akan mengajar dia erti kehidupan dan kedewasaan...... semuga anak ku akan dewasa dengan cara yang sihat.... InsaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan