Sabtu, Julai 17, 2010

Anak angkat

Nanti bersama Afiq
Afiq, Nanini, Hani & Safuan

Selepas menjemput Dania dari Smart Reader's aku ke STC untuk menjemput Hani seperti biasa. Dania meminta supaya kami menunggu di kereta, kerana dia mahu membaca buku barunya.... kalau dia membaca memang dengan suaranya yang kuat dan dia minta supaya aku mendengar bacaannya. Bila tamat sessi latihan ramai anak-anak yang mula turun, Hani merupakan orang yang terakhir. Dia minta aku menunggu kerana katanya Nantini berhajat berjumpa dengan ku. Pelik dengarnya.... Rupanya dia secara peribadi memohon supaya aku menerimanya sebagai anak angkat.....! Ya Allah... terharunya aku dengan permohonan anak ini. Aku tidak pernah menyangka bahawa selama aku disayangi bukan oleh anak-anak ku sendiri malah oleh teman-teman anak-anak ku juga..... sebenarnya biarpun aku mengasihi anak-anak ku dengan sepenuh hati lebih dari jiwa dan raga ku sendiri namun kasih sayang itu sentiasa ada untuk dikongsikan bersama insan yang berpangkat anak.... biarpun mereka bukan dari darah daging ku. Kasih sayang dan perasan keibuan tidak perlu ringgit untuk diberi. Ianya lahir dari hati...... aku kira setiap insan yang bergelar ibu mempunyai perasaan yang sama dan sependapat dengan ku.

Sepanjang jalan pulang aku tersenyum mengenangkan peristiwa yang baru berlalu sebentar tadi. Hati ku berbunga malam ini dengan peristiwa malam (16.07.2010). Aku mengenali Nantini sejak Hani mula menceburkan dirinya dengan sukan Teakwando pada tahun 2005. Dan dari pengamatan ku, gadis ini merupakan anak yang bersopan-santun., walaupun terdedah dengan sukan yang lasak, namun tidak menggugat kewanitaannya. Dia pandai menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling. Minatnya yang mendalam terhadap sukan Teakwando telah melayakkan dirinya dan terpilih di rank ke 2 sebagai salah seorang calun untuk ke Maxico bagi mewakili negara pada tahun 2009. Pergaulannya yang terdedah dengan berbagai bangsa membuatkan dia tidak kekok dengan adat melayu dia biasanya akan bersalam dan mencium tangan orang yang lebih dewasa darinya ketika di Center dan bila bertemu dimana juga, sebagai tanda dia menghormati seseorang. Dia adalah satu-satunya anak perempuan jurulatih STC. Gadis yang istimewa dan ku kira dia cukup tegas dan berdisplin dalam menjalani hari-harinya. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan merasakan seperti 'bulan jatuh keribaan ku'




Tiada ulasan:

Catat Ulasan