Jumaat, Julai 23, 2010

Anjing yang bijak

Kuty....

Gegirl

Sejak kebelakangan ni banyak pulak anjing-anjing liar berkeliaran dikawasan pejabat. Dah berapa kali kami buat aduan ke Majlis Perbandaran Klang untuk melapurkan berkenaan anjing liar. Dan pihak MPK pun dah banyak kali datang buat tangkapan. Tapi anjing-anjing ni semuanya pandai, dia tahu bila bahagian tangkapan datang binatang-binatang ni semuanya menghilangkan diri dan lari entah kemana. Lately adalah sekor anjing betina yang bunting datang dan beranak di Pam Station IWK depan pejabat aku. 4 ekor anaknya semua jantan, tapi anak-anaknya semua cantik-cantik dan hilang dicuri orang, masa bila orang datang ambik kami tak tahu. Tinggallah seekor anaknya yang tinggal... melolong-long si ibu anjing ni memanggil anak-anaknya. Mungkin kerana takut anaknya dicuri lagi, dia mencari lokasi baru... perpindahan dari Pam Station ke tempat baru. Dalam perjalanan membawa anaknya, si anak jatuh ke dalam longkang yang berair. Mujurlah pekerja kedai sebelah ni ternampak dan menyelamatkan si anak anjing ni tadi..... sejak dari hari itu anak anjing tadi dijaga oleh pekerja India kedai sebelah ni. Ibu anjing ni tak habis menyalak dan mengejar-ejar budak India dan siapa saja yang melintas depan pejabat/kedai untuk meminta anaknya semula. Sibudak India ni pulak berkeras untuk menjaga anak anjing ini, katanya takut nanti masuk dalam longkang lagi. Alahai....! kesian betul kami tengokkan si ibu anjing ni, yang kami panggil Gegirl. Setiap hari aku suruh budak India sebelah ni memulangkan anak anjing tu pada ibunya. Si budak India ni pulak dah sayang dengan anak anjing yang comel dan montel ni, aku panggil anak anjing ni si 'kuty' dalam bahasa tamil 'kecil'. Si Kuty ditimang, diberinya susu dan makan sehingga si Kuty lebih sayang si budak India ni dari Ibunya. Bayangkan... kalau 'Gegirl' pandai bercakap pasti dia sedih bila anaknya diambil orang dan lebih suka orang lain dari dirinya bukan? Keadaan ini belalu selama 3, 4 hari, dan selama itulah aku selalu membebel dengan budak India sebelah supaya menyerahkan Kuty kepada Gegirl. Tiap kali aku bercakap si Gegirl akan memerhatikan aku didepan pejabat ni. Aku pun takut juga dikejar atau digigit si Gegirl ni.....

Satu hari, kalau tak silap aku hari Selasa aku sampai ke pejabat dan buka pintu kereta, aku terkejut si Gegirl tunggu aku di depan pintu kereta. Takut juga aku nak keluar kereta tapi bila aku tengok muka dia.... hish! macam baik pulak..... Aku tanya dia "kenapa Gegirl?" aku ni memang la bangsa orang yang bercakap dengan binatang... hahahaha..... dia seolah-olah mahu berkata-kata, dengan matanya yang lembut dan kepalanya yang ditelengkan kesisi dia diam dan duduk menunggu aku keluar dari kereta. Tiba-tiba budak India pekerja kedai tu datang kepada ku memberitahu aku bahawa Gegirl sudah boleh menerimanya dan jinak dengannya. Malah rantai besi dilehernya yang sudah melintang hingga ke kaki depan kanannya juga sudah boleh dibuka. Sebagaimana yang pernah aku suarakan kepada budak India tu selalu, kalau boleh dibukakan rantai leher Gegirl, supaya senang sikit dia berjalan. Rupanya dia tau yang selama ini aku dan Ija cuba membantunya untuk mendapatkan anaknya. Memang betullah binatang ni memang boleh faham cakap manusia sebenarnya. Tapi yang lawaknya, aku dan Ija pun memang bercakap dengan binatang. Macammana aku cakap dengan si Putih dirumah macam tu lah aku cakap dengan si Gegirl. Kekadang terfikir bagaimana seekor binatang itu mampu punya perasaan kasih sayang pada sianak sedang ada pula manusia diluar sana yang tergamak dengan sengaja membuang anak mereka sendiri? tidak kah binatang ini lebih baik mertabatnya dari manusia yang melakukan perbuatan terkutuk pembuangan anak ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan