Jumaat, Julai 09, 2010

Muscle Spasm

Aku sengaja mengambil cuti pada 8.7.2010, tujuan untuk membawa Hani ke Doctor kerana sakit pinggangnya yang sudah berlanjutan selama 2 bulan. Temujanji dengan Mr. Ari, coach teakwando Saujana dan Nantini anak Mr. Ari pada jam 2.00 petang di Hospital Daerah Banting.
Jam 1.45ptg aku dan Hani sudah pun disampai di klinik pesakit luar. Setelah mendaftar, Hani dipanggil untuk rawatan di bilik 5. Macam biasa Doctor akan bertanya sakit apa? setelah dijelaskan tentang penyakit Hani, ujian air kencing dan X-ray di buat. Keputusan ujian kami dapati dalam masa 1 jam dan kami dipanggil semula. Ujian air kencing baik tiada batu karang juga jangkitan, tiada masaalah. Tapi dari X-ray Doctor mengatakan terdapat 'muscle spasm' atau dalam istilah bahasa melayu 'kekejangan otot' dibahagian pinggang kanan Hani. Masaalah yang sama dihadapi oleh Nantini dan mereka diminta supaya berihat dari aktiviti extreme.
Sebenarnya bukan mudah untuk Hani mendapat keyakinan Doctor untuk X-ray.... aku terpaksa menjelaskan keadaan Hani yang merupakan peserta teakwando dan akan terlibat dengan pertandingan teakwando peringkat dearah pada 10hb July 2010 (Ahad). Hani sudah pun mendapat rawatan di hospital sebanyak 3 kali, dan menerima suntikan menahan kesakitan sebanyak 2 kali ketika mengalami 'acute' dipinggangnya. Dalam keadaan ini aku tidak boleh membiarkan Hani diberi suntikan menahan sakit apabila dia diserang muscle spasm. Rawatan urutan juga telah kami usahakan tetapi tidak dapat membantu Hani menghilangkan penyakitnya. Doctor menyarankan supaya amalan menggunakan 'Hot Pad' ditempat yang sakit digunakan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami dan krim panas untuk mengurangkan serangan. Mr. Ari mencadangkan supaya aku mendapatkan khidmat ubat cina sebagai iktiar membantu Hani, tetapi cina singseh hanya memberikan kami 'koyok' berubat selain dari saranannya supaya berehat sementara dari aktiviti sekarang.
Kesemua usaha aku laksanakan semuga dia akan dapat dipulihkan.... tapi nampaknya coach masih mahu Hani dan Nantini supaya meneruskan pertandingan pada Ahad ni... dan akan memberikan mereka rehat selepas pertandingan MSSD. Untuk Hani segala iktiar supaya dia pulih kami usahakan dan dia juga kelihatan memberikan kerjasama baik dan bersedia untuk ke pertandingan yang bakal menjelang. Semuga mereka berjaya mendapatkan pingat seperti yang diidamkan.... InsaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan