Isnin, Disember 30, 2013

Vietnam trip....

Tiket penerbangan dan hotel siap ditempah hari ini, kami menunggu untuk hari berlepas pada 20.2.2014 dari LCCT dengan Airasiago dengan harga RM702.46 seorang termasuk 25kg bagasi.  Tujuan untuk melancung untuk melihat kebesaran ciptaan Allah sambil mengenali bumi Saigon, penduduk yang sebahagiannya berugama Islam dan di sana juga dikenali dengan hasil kerjatangan yang cantik dan murah!  Syurga bagi kaum wanita untuk berbelanja sambil berniaga.  Andai benar bagai dikata, bila sudah sampai di sana baru saya berani untuk mengiakan seperti mana yang digembar gemburkan.  Kuala Lumpur - Ho Chin Min akan mengambil masa penerbangan selama 1 jam 55 min.  Jarak masa agak lewat sedikit berbanding di Malaysia, dan cuaca tidak jauh berbeza dengan negara kita. Percutian 4H3M aku bersama adik sepupu ku Nor Rabeah, Umi dan teman sepejabat Ira yang kaki jalan juga, only ladies will be in this trip.....:) anyway even though its only ladies dont look down on us ya.... we did all the necessary preparation before we abroad. From the language spoken, the price and the location on which are the places that will be visited.  Later will updated you guys with the full experience to Vietnam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan