Jumaat, Disember 27, 2013

English theme fondant...

Lama sungguh tidak berblog.... terasa rindu untuk berkongsi dengan apa yang aku pelajari.  Kesibukan membataskan aku untuk menulis..... Malam ni macam rasa seronok pulak untuk berkongsi hasil kerja tangan aku sejak beberapa hari ini.  Cake yang paling remeh atau leceh yang pernah aku buat selama ini..... Kalau nak tau cake apa? Ia adalah Cake Fondant!

Tempahan khas dari anak-anak buah sebelah Amin... Alia dan Ashikin beria-ia benar minta dibuatkan Fondant Cake untuk majlis pertunangan Afiza anak jiran mereka.  English flowers dimohon untuk gunakan sebagai hiasan fondant mereka nanti untuk dijadikan salah satu dulang hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.  Hasil dari rujukan dari buku-buku baking dan internet aku mendapat sedikit idea dan gambaran untuk cake mereka nanti.... tak sabar nak mulakan dengan modelling paste!

Peralatan fondant sememangnya ternyata agak mahal.  Dari rolling pin, mate, acuan dan bahan-bahan bukan saja mahal tapi ianya juga agak sukar untuk diperolehi.  Beberapa buah kedai Bakery sekitar pekan Klang dan Banting yang aku redah untuk mendapatkan keperluan pembuatan fondant.... Berdikit mengumpul dan akhirnya peralatan yang aku perlukan mencukupi dan aku sedia untuk berfondant....:)  Lihatlah hasilnya....walaupun ianya tidak secantik mana dan tidak seberapa tetapi atas berkat menghadiri beberapa kelas membuat fondant, aku mampu melaksanakan hasrat Ashikin n Alia dengan rujukan dari buku2 and internet aku berjaya menghasilkan fondant cake untuk majlis pertunangan Afiza dan Afifi.....:) so sweet n wonderful......









Tiada ulasan:

Catat Ulasan