Isnin, Mei 30, 2011

Pengalaman pertama gadis ku....



Pertandingan Teakwando peringkat daerah (MSSD) telah dijadualkan pada 28.05.2011. Dania telah dicalunkan untuk menjadi salah seorang peserta oleh Master Ari. Bermula dari saat itu dia giat dengan latihan demi latihan. Dalam seminggu Dania dikehendaki menghadirikan diri untuk latihan sebanyak 3 kali untuk 'sparing' dan sekali untuk sylibus biasa. Dia memang kelihatan agak letih dan berat bandannya yang pada awal 36 kilo turun kepada 33 kilo. Walau bagaimanapun dia tidak pernah merungut. Dan ketika latihan bila ditegur atau dimarah dia juga tidak pernah mengadu atau berundur dari penyertaannya. Kagum dengan semangatnya yang ingin memiliki pingat dan mengharumkan nama sekolahnya. Kami menyokong setiap langkahnya, dan tidak putus memberikan dia semangat untuk meneruskan latihan biarpun terkadang waktu agak berkejar apabila latihan pada malam Rabu waktu sekolah.

Tiba hari yang ditetapkan, Dania melangkah ke gelanggang dengan selamba, di wajahnya tiada kelihatan gentar namun aku rasa dia juga gemuruh lebih-lebih inilah pertama kali dia terlibat dengan pertandingan yang ramai penyertaannya. Melihat pada penyertaan sudah cukup cemas rasanya. Berhadapan dengan lawan dia kurang memberikan serangan, dia lebih kepada menuggu dan mengelak dari serangan lawan. Pengalaman pertama yang aku kira bakal memberikan dia pengajaran untuk mendalami sukan teakwando. Dan keputusannya dia tewas dengan pihak lawan. Namun kami berbangga kerana dia sudah tidak 'cenggeng' kerana tiada lagi tangisan selepas serangan seperti peringkat awal perlawanannya dahulu. Komen yang kami beri tentang kesilapannya juga didengari dan kami terus memberikan dia sokongan dan tips untuk mendapatkan point ketika digelanggang. Semuga Dania akan belajar dari kesilapannya dan lebih berjaya dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan