Khamis, September 24, 2009

Dari Parit Baru ke Kelana Jaya berhari raya

Aiman Akil tekun dengan si Puteh yang kami bawa beraya sama

Aiman dan abang Shafiq melekat sedari awal

Di rumah Abang Hanif, Parit Baru

Di rumah Kakak Ana, breakfast di sana

Di rumah Nenek Datuk Abul, di Labuan Dagang

Hafis, Paman Jam, Abang Hadi & Paman Jaie di rumah Paman Jam

Di rumah Nenek Ton, Sri Cheeding

Sepupu dan anak2 saudara sebelum pulang

Kami meninggalkan Kampung Padang Tembak pada hari raya ke2 (21.09.2009), mendapat berita tentang keuzuran seorang saudara tua dari Kang Hambali, membuatkan kami bergegas ke hospital Teluk Intan untuk menziarah isteri Paman Gimin, melihat keadaannya sungguh memilukan.... doa kami semuga semuga Allah meringankan beban penanggungan hambanya ini.

Destinasi seterusnya kami singgah ke Parit Baru rumah Kak Normah, Abang Hanif, Kak Asiah, Paman Bakri, Wak Konteng. Seronok di rumah Kak Asiah kami seperti tahun-tahun yang lalu akan dibekalkan dengan bahulu gulung buatannya sendiri. Kami makan tengahari di rumah Wak Konteng dengan hidangan istimewanya soto yang sememang sedap dan popular dikalangan saudara-mara sebelah Parit Baru. Kami singgah di Tanjung Karang rumah pasangan Paman Atin dan Cik Ani, mereka semamangnya menuggu akan kehadiran kami setiap hari raya ke2 dan pasti kami akan singgah sebelum balik ke Banting. Petang tu Cik Ani masak Laksa untuk hidangan petang tetamu yang datang, tapi kedatangan kami kali ini lebih seronok dengan adanay cucu mereka Aiman Akil yang berusia 1 tahun 4 bulan, dia memang comel dan montel, Shafiq kata dia macam teddy bear seronok peluk dia, seronok menggomol Aiman banyak pose dia yang aku ambil lebih-lebih lagi dia sayang betul dengan si abang (Shafiq).... sehingga nak ikut balik..... bayangkan tu!! Kami sempat singgah di rumah Hishamudin jiran kami yang kini tinggal di Ijuk, solat magrib di rumah mertuanya.

Destinasi terakhir kami ke Batu Belah, Klang ke rumah Paman Jaie...... ramai betul tetamu malam tu.... hidangan Cik Odah seperti biasa, lontong, rendang, tauchu dan kuah kacang...... makan lagi..... sampai sendat perut...anyway aku tak boleh makan banyak... takut nanti perut tak tahan dengan pelbagai makanan secara mendadak, anak-anak pun tak berani makan beria-ia nampaknya...... masing-masing beringat! Malam tu aku diingatkan tentang program Baraan Massupi esok.... alamak!! terkejut aku sebab sangka ku hari Rabu. Dengan pantas aku capai handphone dan sms semua ahli Massupi dan ingatkan tarikh esok dan berkumpul di rumah arwah Hj. Salim.

22.09.2009 (Selasa) hari raya ke 2 program baraan bermula di rumah arwah bapa yang kini didiami oleh kakak ku Rohana, kami breakfast di rumah kakak dengan hidangan macaroni goreng dan garlic bread. Dari rumah kakak kami ke rumah Paman Jam disana kami disajikan dengan laksa dan mee soup..... wah... wah... wah... punya la power tu soup tulang lembu.... walau tak makan banyak hanya setakat menjamah-jamah saja, tapi nampak gayanya perut kami senak juga. Rumah ke 3 kami ialah rumah Cik Tiah, balu arwah Paman Khailani. Rumah Cik Tiah sudah ada ramai tetamu, anak-anak saudara dia sendiri, anyway kami pun datang nak ziarah jadi tak menjadi masaalah...... apa yang kami dapati disana adalah keadaan Lilah yang tidak sihat hampir 2 minggu demam dan dikhuatiri denggi katanya, Idah pula baru saja melahirkan anaknya yang ke 4, seorang bayi perempuan yang comel dan hari itu masuk hari yang ke 17. Kami tak lama disana tapi cukup untuk berziarah dan bertanya kabar, tetamu yang terlalu ramai membuatkan tuan rumah sendiri tak tau nak melayan kami..... hahahahaha..... kami pun beransur keluar untuk ke rumah Nenek Ton. Lagi sekali di rumah Nenek Ton ada kejutan baby baru, Girl cucu Nenek pun baru melahirkan anaknya yang ke 3 kali ni baby boy pulak!! Syawal dengan kehadiran orang-orang baru.... Alhamdulillah bertambah umat Muhammad..... Destinasi seterusnya ke Taman Sri, rumah Cik Lil kami solat zohor di sana dan terus ke Labuan Dagang ke rumah Arwah Datuk Abol untuk menziarah nenek yang masih ada dan Paman Ahmad dan Cik Zawiyah yang kurang sihat kerana kencing manis dan buah pinggang. Memandangkan Abang Zakaria masih di Mentakab jadi program untuk ke Puchong dibatalkan. Keluarga ku dan Mastura ke rumah Cikgu Yunus dan yang lain-lainnya ke rumah Abang Hamzah di Olak Lempit. Selepas rumah Cikgu Yunus kami ke rumah Abang Hamzah dan terus ke Kelana Jaya. Di sana kami berjumpa dengan Rosyatimah dan family yang baru sampai dari Melaka. Solat Asar dan masak makan malam di Kelana Jaya dengan menu yang istimewa... nak tau apa? Kobis masak 'bening', goreng tahu dan tempe, telur dadar dan sambal 'sundel' maaf ler bagi yang tak pernah dengar ya.... anyway dia macam sambal belacan cuma bezanya cili, bawang putih dan bawang merah dan belacan digoreng sebelum ditumbuk.... boleh cuba kalau nak tau betapa powernya sambal 'sundel' ni.... Destinasi terakhir kami malam tu ke Alam Megah rumah Abang Man, tujuannya nak tengok Mak Long, tapi menurut Abang Man, Mak Long dah tidur.... dia yang kini diserang mild stroke kini tinggal bersama anak perempuannya bersama seorang gaji yang sentiasa bersamanya...... kesian Mak Long, dia dulu lincah dan tangkas dalam membuat kerja-kerja rumah dan aku suka masakannya...... rindu masakan Mak Long......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan