Rabu, Februari 17, 2010

Cemas....

Kayu yang menimpa Shafiq.......

Shafiq ketika menunggu di bilik X-ray

Mencemaskan apabila salah satu kayu gelegar yang berukuran 2" x 5" menghempap bahu Shafiq, ketika kerja menggantikan Car Porch di rumah lama. Kejadian petang 14.2.2010 @2.30 petang itu membuatkan aku bergegas membawanya ke Hospital Daerah Banting. Biarpun dia menolak untuk dibawa ke Hospital, tetapi Papa, Ejai dan Mimie memberitahu ku bahawa hentakkan kayu itu kuat ke atas bahunya. Bila ku lihat sememangnya ia meninggalkan kesan luka, lebam dan bengkak di bahu kirinya. Mahu tidak mahu dia terpaksa akur atas desakkan kami. Sesampai di hospital, Shafiq didaftarkan sebagai pesakit luar dan tak sampai 1 minit dia dipanggil masuk. Melihat akan kecederaaan dan setelah dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas dia telah dirujuk untuk X-ray dan luka dicuci serta diberikan suntikan untuk 'kancing gigi' untuk mengelakan sebarang komplikasi selepas ini. Alhamdulillah... keputusan X-ray tidak menunjukkan sebarang keretakkan atau patah tulang. Tetapi kesan dari hentakkan kuat itu mungkin telah merosakkan otot bahunya. Dari apa yang di lihat Shafiq cuba menahan kesakitannya untuk mengelakkan dari kebimbangan kami... that is Shafiq that we know..... Dalam banyak hal dia sememangnya tidak akan menyusahkan kami.... Sebenarnya dia boleh mengelak atau menepis kayu yang menimpanya, tetapi menurutnya sekiranya dia mengelak kayu itu akan menimpa Papanya pula.... SubhanaAllah.... dia korbankan dirinya untuk Papa rupanya..... Amin agak terharu bila aku maklumkan akan kejadian yang menimpa Shafiq adalah kerana untuk menyelamatkan dirinya.... Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulutnya.... terkedu dan terdiam.... sehingga akhirnya dia berkata "Terima kasih anak Papa.... "

Malam tu Papa bawa Shafiq untuk berurut di Sg. Lang tapi mungkin tiada rezekinya 'Wak' tukang urut tidak ada di rumah, sehingga malam yang berikutnya kami diperkenalkan dengan seorang lagi tukang urut di Kanchong Darat oleh Ayah Mimie yang kebetulan maklum tentang kejadian petang Ahad, ketika aku menghantar Mimie pulang selepas makan malam bersama Uncle Seah di Pulau Carey.

Doa ku semuga Shafiq akan segera sembuh sebelum pulang semula ke Universiti dan menjalankan aktiviti hariannya. Untuk selama 1 minggu di rumah nampaknya dia terpaksa kami kecualikan dari membantu kerja2 yang biasa dibuat semasa cuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan