Khamis, Februari 18, 2010

Bersantai di Pantai Kelanang

Dania bermain air di gigi pantai
Choosing an ice-cream.. yang mana satu ya?
Bermain pasir di Pantai...
Puyuh goreng....
Satay ayam dan daging...

Last minute anak-anak merancang untuk balik kampung selepas kerja-kerja baik pulih car porch rumah lama siap. Papa janji kalau siap hari kita balik dan akan balik semula ke Banting hari Rabu pagi. Tapi oleh kerana ada perkara-perkara yang menghalang kelancaran kerja, maka hajat untuk balik ke kampung terpaksa dibatalkan. Untuk menjaga hati anak-anak especially Dania yang memang kuat keinginannya untuk balik kampung, kami bawa dia ke Pantai Kelanang petang Selasa. Walaupun tak lama di pantai, tapi sempat juga dia bermain pasir dan air laut di gigi pantai. Pantai Kelanang tidak sesuai untuk bermandi-manda pada hemat ku, memandangkan airnya yang keruh. Pengunjung memangnya ramai, tapi agak kurang kemudahan asas. Banyak yang perlu ditambah dan ditingkatkan untuk menjadikan ianya tarikan pengunjung.

Kerana keletihan siang tadi, malam kami bawa anak-anak makan di Bingo's, selera anak-anak yang berbagai, kami serahkan kepada Bingo's untuk melayannya....... Shafiq minta nasi paprik, Ejai minta nasi ayam, Hani minta Nasi goreng ayam, Dania minta satay, Papa minta tomyam beehon and Mama ask for kueyteow soup, menu tambahan malam tu puyuh goreng since Ejai never tasted the burung puyuh... so we let him try... and he loves it!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan