Jumaat, Oktober 05, 2012

Soal hati....

Bukan mudah untuk menjaga hati dan perasaan seseorang.... Bak kata pepatah "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" sungguh benar dan tiada bantahan pepatah ini ternyata benar.  Sungguh bagai dikata..... soal hati dan perasaan sememangnya sukar untuk ditaksir dan difahami.  Sama ada kenalan atau saudara sendiri untuk mendapatkan seorang yang memahami hati dan perasaan kita adalah berkemungkinan ada dan berkemungkinan tiada......, seandai kita bernasib baik dan seandainya nasib tidak menyebelahi kita tidak akan ada orang yang boleh memahami perasaan kita langsung! sungguh sedihhhh andai ini berlaku.......:(  
Tetapi.... andainya kita bisa untuk memahami orang lain, InsaAllah.... tiadalah kesukaran untuk orang lain pula memahami kita.   Namun perkara ini tiadalah boleh untuk kita memaksa..... kerana ianya mengambil masa yang agak panjang dan memakan masa.  Tetapi walaubagaimanapun ini merupakan satu proses pembelajaran tentang kemanusiaan 'Human Behaviour' yang komplek dan memerlukan ketekunan dan kesabaran untuk mengenali dan memahami seseorang itu dengan baik.  Seperti yang sering diperkata dan didengari..... "Andai kita mahu orang berbuat baik dengan kita, haruslah kita berbuat baik dengan orang...." dan begitu juga, "Andai kita mahu orang memahami kita, haruslah kita memahami orang juga....."  Cerita-cerita ini tidak akan ada penghujungnya..... hati dan perasaan melibatkan semua insan dan ramai orang.... percaya atau tidak inilah hakikat kehidupan..... sebagai insan yang diberikan akal, fikiran, hati dan perasaan..... kita lihat diri kita sendiri... kenali diri kita sendiri.... dan terimalah keadaan baik dan buruk diri kita, dan belajarlah untuk mengakui kelemahan diri dan memperbaiki setiap kelemahan tersebut.... InsaAllah akan mudahlah orang-orang disekeliling kita memahamidan berdampingan dengan kita..... 
Oleh itu sama-samalah kita cuba untuk memahami hati dan perasaan orang lain.... jangan hanya difikir diri kita sendiri....... Teringat akan pepatah yang berbahasa Inggeris ini "What goes around will comes around..." bermaksud.... Apa yang kita buat kepada orang, satu hari akan balik kepada kita juga.... dan, sebagai orang Islam kita memang percaya, setiap perbuatan itu ada balasannya, yang baik dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat!percayakan???  Hamba percaya dan yakin dengan balasan Allah ini, maka dengan ini suka untuk hamba mengingatkan supaya beringat! setiap perbuatan kita akan mendapat balasannya....... bukan hendak menakutkan! cuma ingin mengingatkan..... supaya kita sama-sama terhindar dari balasan Tuhan yang kita lakukan atas kesilapan diri kita sendiri dimasa silam......  mari kita renungkan sejenak dan perbaiki diri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan