Isnin, Oktober 29, 2012

Kasih bertaut hati bersatu....

Keadaannya agak membimbangkan sejak kebelakangan ini, saranan supaya mendapatkan rawatan ulangan ke hospital PPUM hanya sia-sia, bilamana berbagai alasan diberikan untuk tidak kesana semula.  Aku memerhati dan dapat merasakan akan peristiwa lama berulang kembali andai kedegilannya berterusan.  Sehingga pada suatu hari dia tidak langsung keluar dari rumah dan tidak tahan dengan bahang mentari dan kesejukan hawa dingin.... aku tahu itulah petandanya.  Resa hatiku menyatakan dia 'kumat' kembali.  Lantas atas saranan seorang teman aku gagahi mencari stokis product House of Healin.  Setelah melihat di intenet akan khasiat dan kegunaanya.  Pencarian ku berhasil dimana product yang dimaksudkan semuanya ada di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas.  Demax X berharga RM79 untuk 30mg dan Gemogen Premier berharga RM129.90 untuk 500ml, biarpun harganya agak mahal namun demi untuk kebaikan suami ku, harga bukan lagi menjadi ukurun.   Mujur dia juga bersetuju dan menerima product yang sudah ditangan tanpa banyak bicara.  Apa yang penting ianya dapat membantu proses penyembuhan dan mengurangkan ketidakselesaan dikulitnya khusus dibahagian tangan dan lehernya.  Menjaga orang sakit bukan mudah....! banyak perkara yang harus dititikberatkan.  Pemakanan, persekitaran dan emosinya harus dijaga....lebih-lebih lagi penyakit seperti Amin.  Habuk, lembab, panas dan terlalu dingin menjadi musuhnya, bilamana kulitnya tidak punya daya ketahanan dan tidak boleh menahan dan menerima perubahan cuaca yang terlalu panas atau dingin. Aku bersyukur... anak-anak memberikan sokongan yang sungguh baik.  Untuk anak sulung ku, dia begitu memahami dan bertindak seperti mana seharusnya, dengan memberikan segala kerjasamanya apabila mengetahui akan kesukaran ku dan ketidak sihat Papanya. Sejujurnya aku tidak mungkin menipunya, kerana kami pernah melalui saat getir ketika Papanya sakit dulu...... sehingga disaat ini, peristiwa itu tidak akan mungkin hilang dari ingatan kami.  Dan untuk kedua-dua gadis ku, kasih sayang dan keperihatinan yang ditunjukkan kepada Papa.... menyejuk dan mengembirakan Papa.... mereka begitu memahami situasi Papa yang tidak sihat..... Aku kira, kerana anak-anak jugalah suami ku bersetuju untuk mendapatkan rawatan ulangannya di hospital semula.  Untuk anak-anak ku, sokongan kalianlah yang memberikan kekuatan kepada Papa...... "Pa..... anak-anak perlukan Papa..., dont let them down...." ungkapan itu sering ku ulang ditelinganya.... mungkin dia jemu dengan ayatku, namun tidak pernah aku peduli, yang penting dia harus sedar betapa pentingnya dia untuk anak-anak ku...... aku tidak akan berhenti dari memberikan dia semangat untuk terus melihat kejayaan anak-anak didepan matanya.... Janji ku kepada Shafiq "Mama akan berikan penjagaan yang terbaik untuk Papa....."
Cuti 3 hari sempena hari raya aidil adha percuma hanya di rumah..... hasrat untuk pulang kekampung dan ke Lumut tinggal harapan.  Kerinduan bukan kepalang, namun kekuatan tiada untuk digagahi...... Mungkin inilah yang dikatakan.... "Kita merancang, Tuhan yang menentukan..." jelas sekali.... andai bukan takdirnya rancangan hanya tinggal rancangan semata..... apapun kami redha dengan ketentuannya...... Pohon ku semuga Allah kurniakan kami ketabahan, kekuatan dan keimanan untuk menghadapi dugaan ini...... kerana aku tahu, hanya hamba yang dikasihi akan menerima ujian Allah.... dan Allah sangat suka akan hambanya yang tidak berhenti dari memohon kepadanya....... Ya Allah, aku tahu tersimpan rahsia disebalik kejadian mu ini...... aku bersyukur dan amat bersyukur ya Allah  ternyata kasih sayang kami bertaut dan terbukti dengan dugaan mu.....Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan