Sabtu, Februari 06, 2010

Ziarah

3 saudara sepupu yang rapat: Nor, Ela & Nena

Hari ini saja 2 berita orang sakit aku terima, adik sepupu ku Suhaila dan anak adik sepupu ku Zikry yang sekarang berada dikabarkan berada di wad kanak-kanak Hospital Banting. Selepas solat maghrib dan menghantar Hani ke kelas Teakwando kami ke Kanchung untuk menziarah Suhaila. Nor, adik sepupu ku yang rapat dengan ku menyampaikan berita tentang Suhaila ku ajak sekali untuk menziarah Ela dan kami berjumpa di Kanchung. Biasalah kami yang sememangnya telus dan mulus diantara kami mendengar akan penjelasan penyakit dan bertanyakan beberapa perkara tentang penyakit yang dihidapinya (Lap & dye and endoscopy precedure) anyway it is a scientific words yang melibatkan organ peranakan wanita yang biasa dihidapi oleh kaum wanita. Mendengarkan ceritanya buat aku simpati dengan apa yang telah dilalui semasa proses rawatannya dan tersentuh hati mendengarkan Shakira was asking 'where is my baby boy mummy?' bila dia melawat mummynya yang ditempatkan di wad ibu-ibu bersalin yang mana terdapat baby disetiap katil bersama ibunya. Naluri seorang kanak-kanak yang sudah punya perasaan kasih sayang kepada insan yang dipanggil adik dan dia teringinkan adiknya sendiri..... semuga Allah yang maha esa mengizinkan memakbulkan doa anak kecil ini.

Kami mengharapkan semuga adik ku Ela akan tabah menghadapi ujian Allah ini, kerana Allah hanya akan menguji hamba-hambanya yang dikasihi. Di Kanchung jugalah kami mendapat berita bahawa Zikry juga sekarang berada di Hospital Banting kerana serangan 'Asthma'. Dikesempatan itu aku dan Nor singgah ke Hospital untuk menziarah Zikry yang ditemani Mastura di Wad kanak-kanak. Mungkin kerana cuaca yang panas dan aktiviti sekolah yang giat dengan latihan sukan untuk persedian sukan sekolah Zikry mudah diserang Asthma. Dan juga beberapa faktor lain turut menjadikan dia mudah diserang. Semuga rawatan segera dan rehat yang cukup akan dapat memulihkan dia dan membolehkan dia memulakan persekolah seperti biasa InsaAllah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan