Khamis, Januari 05, 2012

Kerana ini adalah aku....

Aku suka bercerita dan mendengar cerita. Kesimpulan dibuat atas rasa dan penilaian sendiri, tapi tidak dinafi kadang-kadang agak emosi..... anyway I like to be rasional, tidak menyalahkan dan mengkaji sebelum memberi komen. Kita boleh saja bercerita namun jangan sampai mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Kalaupun tujuan sebenarnya untuk memberi pengajaran atau untuk dijadikan iktibar. Ada banyak yang hendak aku ceritakan tapi terpaksa disimpan bila memikirkan ada perkara yang tidak manis untuk dikongsikan dan tidak wajar, tapi malangnya ramai yang tidak berbuat sedemikian. Untuk menceritakan kekecewaan hati, mungkin juga ada.... tapi biarlah dijadikan rahsia hati. Melihat apa yang terjadi dan berdoa semuga yang tidak elok itu akan menjadi elok. Bak senang kata, yang baik diperlihatkan dan yang buruk biarlah disimpan dan dibuku dihati sahaja. Tidak berkata jangan disangka tidak melihat dan merasa, ibarat berdiam jangan dikira orang bersetuju atau suka. Nilai diri dimata hati sendiri dan dimata hati orang, jangan dikata "aku tak kisah.. diri aku, suka aku...." hidup kita bukan untuk kita sahaja, susah dan senang kita bukan kita sahaja yang merasa, tapi orang-orang yang rapat dengan kita juga akan terkena tempiasnya.... aku berkata, kerana ini adalah aku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan