Ahad, Januari 29, 2012

Cuti bersama Mak Long....

Dah masak ke belum ni kak..?
Surprise birthday untuk Mak Long....

Mak Long bersama Sara & Afif...
Amboi...Sara, sibuk dengan 'torch light' dia....


Cadangan untuk bercuti di Bayu Beach Resort Port Dickson, memang telah lama dirancang oleh Mak Long anak-anak ku. Kak Onah, begitu beria-ia untuk mengajak kami bercuti bersama di apartment mereka di Port Dickson. Amin dan anak-anak menurut saja, permintaan Mak Long mereka. Maka tarikh 21hb Jan kami bersetuju untuk bercuti bersama mereka. Dan tanpa disangka rupanya tarikh itu merupakan hari ulang tahun Mak Long yang ke 64. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Mak Long Saonah. Di wajahnya tergambar keriangan dengan kejutan yang diberikan malam itu. Dia bersama 2 orang cucunya, Sara dan Afif meniup lilin cake yang dibawa khas oleh Iwan and Lali anak-anak Mak Long. Ketika dalam kereta tadi Pak Long dah maklumkan bahawa malam ini ada kejutan untuk Mak Long, jadi aku, Amin dan anak-anak ku kami pun pura-pura tidak tahu akan hari ulang tahun Mak Long.... memang surprise! Mak Long tersipu malu..... :)

Kami hanya merancang untuk bermalam 1 malam sahaja, tetapi atas permintaan Mak Long dan Pak Long kami tambah semalam lagi. Nampaknya semuanya seronok, kedua-dua malam kami berBBQ makan-makan dan sembang-sembang. Rasanya berat badan aku memang bertambah. Mak Long dan Pak Long seronok sangat. Iwan, Lali, Airi dan anak-anaknya Sara dan Afif semuanya enjoy. Dania, Hani dan Shafiq pun seronok, mereka tahu yang Mak Long dan Pak Long mereka ni memang suka bergathering, makanya semuanya memang sporting habis. Apa yang dimasak habis, kami masak sama-sama dan makan sama-sama..... makan, berenang, makan, tengok cartoon dengan Sara dan Afif.... itulah kerja kami selama 2 hari 2 malam di Bayu Beach.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan