Isnin, Januari 09, 2012

Mimpi

Sejak kebelakangan aku sering bermimpi tentang orang-orang yang sudah tiada.... arwah mak, bapa, nenek..... kenapa agaknya??? Bila terjaga, aku menjadi tertanya..... mungkin rindu ku pada mereka..... Alfatiha untuk arwah mak, bapa, nenek dan kesemua ahli kubur...... semuga roh mereka dicucuri rahmah. Bacaan yasin juga aku sedekahkan untuk mereka, adakah ini petanda untuk ku pula...... Ya Allah, andainya tiba masanya ambillah aku dalam keadaan hamba mu ini dalam iman dan aku redha menerima undangan mu. Teringat akan kata Datuk Harun Din baru-baru ini di rancangan TV9, bahawa mati itu pasti dan janganlah kita takut atau gentar, kerana dia hanyalah penghijrahan dari dunia ke akhirat. Beramal dan bersedialah untuk kita meninggalkan dunia untuk ke dunia yang kekal dan abadi......

Digambarkan juga bagaimana keadaan roh yang akan keluar dari jasad kita nanti, Ya Allah.... aku telah pun bersama 3 orang insan yang ku kasihi ketika rohnya keluar dari jasad...... pengalaman yang sangat berharga dan menjadi panduan hayat ku. Ya Allah andainya tiba saat ku, maka kau ambillah aku dalam aku mengingati mu, merindui mu dan mengasihi mu..... tiada yang lain selain mu Ya Allah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan